Baru-baru ini hantaran penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha di platform Threads mencuri perhatian. Menerusi hantarannya itu, Daiyan meminta pertolongan orang ramai untuk melaporkan sebuah akaun palsu yang didakwa menyebarkan berita palsu mengenainya.
Pemilik akaun palsu yang menyamar sebagai Daiyan, mendakwa “dirinya” telah menukar agama daripada agama Islam kepada agama Hindu. Walaupun sudah beberapa kali dilaporkan oleh penyanyi itu, namun akaun palsu seperti itu masih aktif dan cuba menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.
“Bolehkah semua orang tolong laporkan akaun ini, OMG ini jelas palsu dan saya sudah bosan dengannya!!! Ia telah digantung beberapa kali tetapi tetap muncul. Saya betul-betul tidak faham apa motifnya, kenapa?! Hentikan karut ini.”
Berdasarkan beberapa hantaran yang dibuat, pemilik akaun palsu itu berkongsi foto sebelum dan selepas serta sebuah kapsyen yang kononnya penyanyi itu telah mengamalkan kepercayaan baharu.
“Bersyukur atas perjalanan yang membawa saya dari batasan masa lalu saya sebagai bekas Muslim kepada cinta dan cahaya Hinduisme yang tidak terbatas. Merangkul jalan ilahi Dewa Mahadev dengan tangan terbuka dan hati yang suci.”
Foto – @daiyanation (Threads)“Gambar terakhir bersama keluarga saya. Banyak yang telah berubah, dan kasih sayang itu telah hilang. Saya amat merindui mereka, tetapi sebagai seorang bekas Muslim, saya telah menemui tujuan saya dalam Sanatan Dharma. Berpindah ke India adalah langkah saya yang seterusnya – pilihan yang menyakitkan, namun perlu. Perjalanan ini sukar, tetapi berkat Shiva memenuhi saya dengan kekuatan untuk terus maju. Saya tidak menyesal, di hati saya memikul beban semua yang telah ditinggalkan.”
Berita palsu ini bukan sahaja mengejutkan peminat tetapi Daiyan Trisha sendiri apabila ia menyentuh isu sensitif berkaitan dengan agama dan identitinya sendiri.

2 days ago
18
![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)


![[VIDEO] Live Anzalna Buat Ramai Berdekah, Netizen Sibuk Kira Gigi Mia Nasir- “Allah Bagi Extra Gigi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-5.jpg)
![[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- “Glowingnya Bakal Ibu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-4.jpg)





![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)

























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)

![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





