Che Ta Mahu Pasang Rumput Pun Berhutang, Sahabat Karib Muncul Wira “Diam-Diam” Langsaikan

5 days ago 13

Siapa sangka, rakan baik kepada pelakon Che Ta, Mohamad Anas Zahrin, yang sudah tak asing lagi dalam kalangan selebriti, tampil sebagai ‘wira’ yang menyelesaikan masalah hutang RM7,000 yang sepatutnya dilunaskan oleh Che Ta.

Dengan tindakan mulia Anas, BaNi akhirnya boleh menarik nafas lega dan mengucapkan terima kasih dari lubuk hati, sebab bayaran yang tertangguh itu akhirnya selesai.

Cerita bermula setahun lalu, di mana BaNi diupah oleh Che Ta untuk kerja pemasangan rumput palsu di rumahnya. Kerja-kerja asas sudah disiapkan, tapi bila sampai tahap nak pasang rumput tiruan, Che Ta tiba-tiba je panggil syarikat lain untuk buat kerja tu. Sebab apa?

Katanya, rumput tiruan tu ditaja oleh syarikat baru tu. Wah, kan! Bayangkan, BaNi yang dah berulang-alik dari Melaka, buat kerja dengan susah payah, tiba-tiba je tak dibayar, sedangkan kos barang dan tenaga sudah digunakan. Tak cukup dengan itu, permintaan untuk dibayar pun macam tak dilayan langsung!

Nak dijadikan cerita, BaNi pun meluahkan perasaannya di media sosial, bagi tahu semua orang betapa sedih dan kesalnya dia dengan tindakan Che Ta. Siapa sangka, apa yang dimuat naiknya itu terus tular, jadi perhatian ramai, dan akhirnya sampai ke telinga rakan baik Che Ta, Anas Zahrin.

Walaupun dia tak tahu apa-apa, Anas tetap ambil tindakan, dan tanpa banyak bunyi, bayaran RM7,000 itu diselesaikan. Bayangkan, dari tak ada harapan, tiba-tiba masalah tu selesai dengan cara yang tak diduga langsung.

“Syukur alhamdulillah dia (Anas) dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat,” kata BaNi, yang jelas terharu dengan bantuan yang diberikan. Jelas sekali, Anas bukan sahaja kawan yang selalu ada ketika suka, tapi juga ketika duka.

BaNi mengakui, dia tak pernah jumpa sahabat yang sebaik itu. “Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan dia,” tambah BaNi dengan penuh rasa terima kasih.

Dan macam cerita dalam filem, BaNi akhirnya boleh menggunakan duit tersebut untuk mengerjakan umrah. “Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah SWT jemput saya ke sana,” kata BaNi, yang pastinya berasa syukur kerana masalah hutang tu akhirnya tak menghalang impiannya untuk menunaikan ibadah.

Selepas semuanya selesai, BaNi dengan rela hati memadamkan hantaran di media sosial tentang isu hutang tersebut. Dia tak mahu lagi mengungkit perkara yang sudah selesai, dan lebih penting, dia mahu memelihara hubungan baik antara mereka.

Cuma, yang buat kita tersenyum, memang tak terjangka bahawa seorang rakan baik boleh membantu dengan cara yang begitu ‘low profile’.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |