Bulan Ramadan sudah hampir tiba, dan apa yang lebih menyenangkan selain menikmati hidangan yang menyatukan rasa nostalgia dan citarasa Malaysia? Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, terdapat satu acara makan malam bufet yang pasti akan membuatkan anda teruja – Bufet PESONA KLASIK di The MESH!
Bermula dari 7 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025, The MESH menyajikan lebih daripada 60 hidangan etnik yang menggamit selera. Dengan tema ‘Pesona Klasik’, bufet ini mengetengahkan makanan tradisional Malaysia yang sangat dekat di hati ramai, terutama sekali dengan chef tempatan yang handal menyediakan hidangan yang sangat autentik.
Apa yang menarik?
Dari gulai yang kaya dengan rempah, bubur lambuk yang menyegarkan, hingga ayam percik Pok Nik yang terkenal, pastinya setiap hidangan membawa kenangan manis untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak ketinggalan, kambing bakar rempah giling yang pasti memikat selera, dan Dulang Kampung yang penuh dengan pelbagai hidangan tradisional. Setiap suapan pasti mengingatkan kita kepada masakan tradisional yang sudah lama tidak dinikmati.
Nikmati diskaun 15% bagi tempahan yang dibuat mulai hari ini hingga 10 Mac 2025. Tempahan dan Butiran Lanjut: Untuk menu dan tempahan, anda boleh layari laman web rasmi The MESH atau hubungi: Telefon: +603 2706 9099 dan Email: [email protected]
Harga:
- MYR 218 bersih setiap dewasa
- MYR 109 bersih bagi setiap kanak-kanak
Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan Malaysia yang menyentuh jiwa ini. Dengan suasana yang selesa dan hidangan yang menyelerakan, bufet PESONA KLASIK di The MESH adalah tempat yang sempurna untuk berbuka puasa bersama orang tersayang. Selamat menikmati dan Salam Ramadan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.