Bimbang Kena Kritik, Aishwarya Rai Dedah Tolak Tawaran Berlakon Dalam ‘Kuch Kuch Hota Hai’

2 weeks ago 18

Terkenal dengan watak-watak ikoniknya dalam filem seperti ‘Devdas’ dan ‘Dhoom’, Aishwarya Rai sebenarnya pernah menolak beberapa watak yang mungkin boleh tambahkan lagi watak ikonik dalam koleksinya.

Antara watak yang pernah ditolaknya adalah “Tina” dalam filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ (KKHH), yang akhirnya menjadi milik aktres Raji Mukerji.

Foto – IMDb / iDiva

Pada awalnnya, Karan Johar mendekati Aishwarya untuk menawarkan watak “Tina” tetapi dia menolak kerana bimbang kembali semula ke zaman peragaannya, di mana glamor dan mini skirt menjadi ciri khasnya.

“Bayangkan jika saya lakukannya, pasti ramai terdetik bahawa saya telah kembali ke zaman peragaan- rambut mula lurus, pakai mini skirt dan mencebik secara glamor ke kamera. Saya tahu kalau saya lakukannya, saya akan dikritik hebat.”

Foto – Wikipedia / IMDb

Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi perspektifnya mengapa watak itu ditolak, menjelaskan penetapan masa dan tempahan peribadi memainkan peranan dalam keputusannya.

“Setakat KKHH, Karan Johar memang mendekati saya, tetapi tarikh yang dia perlukan adalah komited untuk filem ‘Aa Ab Laut Chalein’ arahan Rishi Kapoor.”

Selain daripada Aishwarya Rai, Karan Johar turut mendekati lapan orang aktres lain untuk memainkan watak ini sebelum memilih Rani Mukerji.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |