“ALHAMDULILLAH.” Itulah perkongsian penuh syukur daripada Ahmad Yusof yang menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 3.35 petang, 3 Disember 2025.
Untuk pengetahuan, Ahmad Yusoff atau dikenali sebagai Beymad merupakan seorang pendakwah dan terkenal di platform Tiktok dengan 1.5 juta pengikut kerana sering berkongsi video berkaitan motivasi, agama dan kehidupan seharian telah menikahi pempengaruh, Nurina Izzyani atau dikenali sebagai Izz yang bekerja di kedai Pak Mat Western yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ahmad menerusi satu posting di TikTok, sekali gus menarik perhatian peminat dan pengikutnya yang teruja melihat momen bersejarah itu.
Momen Bersama Isteri dan Anak
Ahmad Yusoff atau Beymad bergambar bersama isterinya, Izz, dan puteri sulung mereka sejurus selepas kelahiranDalam foto yang dimuat naik, Beymad kelihatan tersenyum lebar sambil berdiri di sebelah isterinya yang masih berehat di katil hospital. Si kecil pula ditempatkan di bassinet bersebelahan, dibalut kemas dengan kain putih, menambahkan lagi suasana penuh ketenangan dan kegembiraan dalam bilik bersalin tersebut.
Walaupun wajah bayi itu ditutup dengan emoji, ramai netizen membayangkan betapa comelnya puteri sulung pasangan berkenaan.
Beymad dalam kapsyen menzahirkan rasa terharu dan bangganya terhadap isterinya, yang disifatkan sebagai real fighter kerana berjaya melalui proses kelahiran dengan penuh kekuatan dan ketabahan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada isterinya atas pengorbanan melahirkan zuriat pertama mereka.
Tidak ketinggalan, Beymad juga memohon doa semua agar isterinya, yang dipanggil Izz, serta bayi perempuan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat. Menurutnya, doa dan sokongan orang ramai amat dihargai terutama dalam detik penuh bermakna ini.
Perkongsian tersebut menerima ribuan tanda suka dan ucapan tahniah daripada peminat yang turut sama merasai kegembiraan keluarga kecil itu.

Ramai yang berdoa agar isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah S.W.T serta berharap agar perjalanan mereka sebagai ibu bapa dipermudahkan.
Kelahiran puteri pertama ini bukan sahaja menandakan permulaan baharu dalam kehidupan Beymad dan isterinya, tetapi juga menjadi kenangan paling indah yang pastinya akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Semoga keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan, rahmat dan kesihatan yang baik.

3 days ago
19









![[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- “Berhambur Air Liur”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-2.jpg)































![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)



