Apabila Aamir Khan ‘Dibuang’ Dari Filem Darr & Digantikan Dengan SRK- “Saya Suka Cerita Itu Tapi…”

3 weeks ago 22

Kalau kamu nak tahu, Aamir Khan pernah menceritakan bagaimana dia menjadi pilihan awal untuk memegang watak utama dalam filem ‘Darr’ sebelum digantikan dengan Shah Rukh Khan.

Dipilih untuk menjadi sebahagian daripada filem ‘Darr’ arahan pengarah dan penerbit Yash Chopra, Aamir mengatakan dia telah ‘dibuang’ daripada senarai pelakon walaupun dia suka akan jalan ceritanya.

Foto – India,com / IMDb

Dalam sebuah temu bual, Aamir menjelaskan dia terlepas daripada projek filem itu kerana salah satu prinsip kerjanya. Aamir berkata dia mempunyai satu prinsip, di mana setiap kali dia bekerja memegang watak pratagonis, dia mahu membuat narasi bersama pengarah.

“Saya berkata padanya (Yash Chopra), jika saya membintangi filem di mana ada dua hero atau lebih, saya mahu pengarah untuk narasi bersama. Saya lebih suka pengarah bercerita kisah itu kepada kedua-dua hero untuk memastikan kami berpuas hati dengan peranan dan membantu mengelakkan sebarang isu di kemudian hari.”

Foto – Santa Banta

Jelas Aamir lagi, Yash Chopra tidak bersikap terbuka untuk menjalankan penceritaan bersama dan menyebutkan ia sesuatu yang sangat mustahil. Disebabkan oleh prinsipnya itu, Aamir telah ‘dibuang’ daripada projek itu dan hanya dibintangi oleh Shah Rukh Khan sahaja sebagai watak ‘Rahul Mehra’.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |