Amitabh Bachchan Akui Cemas Setiap Kali Dipanggil Jaya Bachchan- “Saya Terpaksa Pura-Pura Faham”

1 week ago 13

Siapa sangka bintang veteran Bollywood, Amitabh Bachchan sebenarnya agak ‘takut’ apabila berada dengan isterinya, Jaya Bachchan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Amitabh, di mana dia mengakui berasa cemas apabila namanya dipanggil oleh Jaya.

Dalam salah satu episod rancangan realiti TV “Kaun Banega Crorepati” baru-baru ini, Amitabh menceritakan bahawa ketika tetamu datang ke rumah dan mereka perlu bercakap secara peribadi, Jaya akan bercakap menggunakan bahasa Bengali.

Jika Jaya mula menggunakan bahasa Bengali ketika bercakap, Amitabh memberitahu dia akan berpura-pura faham apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.

Foto – Jagran

“Apabila tetamu datang dan dia perlu bercakap secara peribadi di hadapan mereka, Jaya akan bercakap dalam bahasa Bengali dan saya pula terpaksa pura-pura faham walaupun sebenarnya tidak.”

Bukan itu sahaja, Amitabh turut mendedahkan jika dia mendapat panggilan berbanding mesej daripada Jaya, dia akan berasa sangat cemas kerana tidak tahu apa yang akan berlaku.

Foto – Telegraph India

“Biasanya kami akan bercakap melalui mesej, tetapi ada masanya dia akan terus menelefon dan saya secara automatik menjadi sangat cemas. Bukan kerana takut akannya, tetapi saya tak tahu apa yang sebenarnya akan berlaku jika dia bercakap di telefon.”

Agaknya mungkin disebabkan oleh perilaku Jaya Bachchan yang garang dan mendominasi membuatkan ramai termasuklah Amitabh berasa ‘takut’ serta cemas apabila bersamanya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |