Sebuah gambar yang tular di TikTok baru-baru ini telah dikongsi oleh @Mas.izatul dan mencetuskan pelbagai reaksi lucu serta sinis daripada netizen. Gambar tersebut memaparkan surat beranak seorang perempuan yang mempunyai nama terlalu panjang sehingga hampir memenuhi keseluruhan ruangan dokumen. Nama perempuan itu ialah Nur Shafia Aaliya Zulaikha Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Binti Mohd Sholihin.
Reaksi Lucu Netizen
Apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur ialah kapsyen pemilik video itu yang berbunyi,
“Aku syak bapak dia letak nama ex-ex dia sekali.”
Kapsyen itu sahaja sudah cukup untuk mencetuskan gelak tawa, menyebabkan video tersebut meraih tontonan tinggi dalam masa singkat.
Netizen di ruangan komen turut tidak melepaskan peluang untuk menyampuk dengan pelbagai jenaka kreatif.
“Last-last panggil ngah, long, acik, usu… tiada kaitan langsung dengan nama. Tapi kesian kat anak sekolah nanti. Tulis nama pun ambil satu waktu pembelajaran nak habis.”
Via: Threads @azrulikhwan.aiKomen itu menerima ratusan tanda suka kerana ramai bersetuju bahawa nama terlalu panjang boleh menjadi cabaran di sekolah, terutamanya ketika mengisi borang atau menjawab peperiksaan.
Selain itu, netizen lain juga berpandangan lain dengan memberi komen di ruangan komen.
“Nanti nak kahwin pun sama… Mau lenguh tangan pasangan nak isi nama penuh dekat borang nikah.”
Tidak kurang juga yang mengusik dengan komen,
“Good luck pada bakal suami yang akan datang nanti.”
Mereka merujuk kepada kesukaran yang mungkin dihadapi anak itu atau bakal pasangannya apabila perlu menulis nama panjang tersebut dalam pelbagai dokumen rasmi.
Antara komen paling mencuri tumpuan ialah daripada pengguna yang hanya meninggalkan satu perkataan pendek iaitu “Yeehaa.”
Walaupun ringkas, komen itu mencetuskan gelak tawa kerana bunyinya seolah-olah memerli kepanjangan nama tersebut.
Secara keseluruhan, video ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mengundang perbualan mengenai trend ibu bapa yang memilih nama unik atau panjang untuk anak mereka.
Netizen juga berpendapat bahawa apa pun nama yang diberikan, yang penting adalah niat yang baik cuma mereka berharap ia tidak menyusahkan anak apabila dewasa nanti.
Isu nama anak yang terlalu panjang ini patut dijadikan pengajaran kepada ibu bapa untuk lebih bijak dalam memilih nama, kerana walaupun niatnya mungkin untuk unik atau bermakna, nama yang terlalu panjang boleh menyukarkan anak dalam kehidupan seharian seperti menulis borang di sekolah, mengisi dokumen rasmi, malah memberi cabaran apabila dewasa nanti termasuk semasa berkahwin.
Oleh itu, sebaiknya pilih nama yang pendek, mudah disebut dan ditulis, tetapi tetap membawa makna yang baik agar tidak membebankan anak pada masa hadapan.

1 day ago
8
![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)


![[VIDEO] Live Anzalna Buat Ramai Berdekah, Netizen Sibuk Kira Gigi Mia Nasir- “Allah Bagi Extra Gigi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-5.jpg)
![[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- “Glowingnya Bakal Ibu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-4.jpg)




![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)


























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






