Siapa sahaja yang tidak mengenali Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin, adalah seorang penyanyi, usahawan, dan juga ikon terkenal Malaysia yang dikenali sebagai “Penyanyi Nombor Satu Negara” dan sentiasa menjadi perhatian setiap kali muncul di khalayak ramai.
Keanggunan, budi bahasa serta personalitinya yang merendah diri menjadikan beliau antara selebriti paling dihormati di Malaysia. Tidak ketinggalan, suaminya Dato’ Sri Haji Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K) serta keluarga kecil mereka juga sering mencuri tumpuan peminat.
Detik Spontan di Majlis Hari Lahir Jadi Bualan Ramai
Baru-baru ini, sebuah video tular di akaun tiktok @akbar.adit.f menunjukkan kehadiran pasangan itu di sebuah majlis sambutan hari lahir rakan mereka menarik perhatian ramai. Seperti kebiasaannya, Siti tampil sopan dan ramah ketika menyapa serta bersalam-salaman dengan para tetamu.
@akbar.adit.f♬ bunyi asal – Akbar adit f. – Akbar adit f.
Namun di sebalik suasana mesra itu, perhatian netizen tertumpu kepada satu momen kecil melibatkan anak sulung mereka, Siti Aafiyah, yang dilihat tidak menghulurkan salam sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Walaupun Siti dilihat mesra menyapa semua tetamu yang hadir, Aafiyah yang berada di sisinya kelihatan sedikit “blur” dan tidak bersalam-salaman dengan tetamu yang lain. Reaksi comel tetapi sedikit ‘blur’ itu mencetuskan perbincangan hangat di ruangan komen.
Via : Tiktok @akbar.adit.fApa yang berlaku membuka semula perdebatan lama dalam kalangan masyarakat tentang adab memberi salam, terutama melibatkan kanak-kanak. Salah seorang netizen berpendapat bahawa adab perlu diterap sejak kecil, dan majlis sebegini merupakan ruang terbaik untuk mengajar anak menghormati orang lebih tua.
Namun, sebahagian besar netizen berpandangan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa. Mereka menekankan bahawa faktor seperti penat, malu, baru bangun tidur atau overwhelmed dengan suasana boleh mempengaruhi reaksi seorang kanak-kanak. Bagi mereka, keutamaan adalah keselesaan dan kesejahteraan anak bukan memenuhi jangkaan orang dewasa.
Perbincangan turut menyentuh tentang perubahan zaman. Jika dahulu kanak-kanak dianggap wajib bersalam tanpa banyak soal, kini ibu bapa lebih peka kepada emosi dan kehendak anak. Konsep “anak mesti ikut” semakin diganti dengan pendekatan yang lebih lembut, pendidikan berperingkat dan hormat terhadap ruang peribadi mereka.

Dalam masa yang sama, peminat setia Siti menegaskan bahawa Aafiyah hanyalah seorang kanak-kanak yang masih belajar berinteraksi dengan dunia luar. Gelagat blur dan malu semula jadi pada usianya tidak wajar diperbesarkan. Lagi pula, detik sebegitu hanya beberapa saat daripada keseluruhan hari tidak mencerminkan keseluruhan didikan keluarga tersebut.
Apa yang jelas ialah kehadiran keluarga Siti tetap menceriakan majlis, sementara perbincangan netizen mengingatkan kita bahawa setiap kanak-kanak mempunyai karakter dan rentak perkembangan yang berbeza. Yang penting, adab itu diajar dengan kasih sayang, bukan paksaan.

1 day ago
12






![[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-2.jpg)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)




















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)
