Lepas MURAI tengok sendiri bagaimana Restoran Khairul Aming baharu di perkenalkan, Rembayung dan disambut orang ramai, ada beberapa benda yang terasa sangat “eye-opening”. Bukan sekadar restoran biasa, tapi macam kelas bisnes terbuka yang menunjukkan bagaimana seseorang boleh bina sesuatu dengan strategi yang kemas, low profile dan berpandangan jauh. Ini 5 perkara yang MURAI sendiri perasan dan rasa wajar dijadikan pengajaran.
1. Merahsiakan Proses, Senyap Itu Emas
MURAI perasan, Khairul Aming jenis yang tak suka heboh setiap langkah. Dan itu sebenarnya satu langkah bijak. Bila tak cerita semua, kuranglah rasa iri hati, kurang gangguan, kurang spekulasi. Orang pun tak sempat nak bersangka buruk kalau ada apa-apa lambat siap. Move senyap-senyap, muncul bila dah ready, itu gaya yang semakin ramai patut belajar.

2. Fokus Pada Makanan Kampung, Identiti Malaysia Yang Sebenarnya Dicari Pelancong
MURAI memang sokong habis keputusan beliau untuk ketengahkan makanan kampung. Kita dah nak masuk Visit Malaysia 2026, dan pelancong luar bukan datang Malaysia nak makan makanan hipster ala barat, negara mereka dah penuh. Mereka nak rasa sesuatu yang asli, yang Melayu, yang unik. Inilah point paling kuat restoran in, mengangkat rasa Malaysia sebenar.

3. Pemilihan Lokasi Di Kampung Baru, Tempat Yang Sudah Ada ‘Roh’
Kampung Baru memang kawasan orang Melayu, dan semangat komuniti di sini hidup. MURAI rasa pemilihan lokasi ini bukan saja strategik, tapi penuh identiti. Ia tempat yang memang orang datang untuk cari makanan, suasana dia kena, dan secara tak langsung memudahkan restoran berkembang dengan sokongan masyarakat setempat.
4. Konsep Gudang, Ruang Yang Boleh Jadi Macam-Macam
Bila MURAI nampak konsep restoran ala warehouse, terus terfikir, “Ini memang win.” Ruang luas, senang susun meja, dan paling penting, boleh jadi tempat event. Nak buat majlis pelancaran? Boleh. Nak buat gathering? Boleh. Nak buat resepsi kahwin? Pun boleh. Satu idea simple tapi sangat praktikal untuk jangka masa panjang.

5. Merahsiakan Owner Semasa Mengambil Staff – Cara Nak Tapis Orang Yang Betul
Ini antara langkah yang MURAI paling salute. Bila identiti owner dirahsiakan, calon pekerja datang sebab mereka nak bekerja, bukan sebab nak viral jumpa Khairul Aming. Hasilnya? Dapat staf yang betul-betul minat, bukan peminat. Ini cara paling tulen untuk uji kesungguhan seseorang.

Pendek kata, Restoran Khairul Aming bagi MURAI bukan hanya tempat makan baru, ia sebuah “masterclass” tentang bagaimana nak buka bisnes dengan bijak, rendah hati dan penuh strategi. Banyak benda yang usahawan lain boleh belajar, kalau betul-betul nak buat sesuatu yang berakar kukuh dan bertahan lama.

1 day ago
12
![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)


![[VIDEO] Live Anzalna Buat Ramai Berdekah, Netizen Sibuk Kira Gigi Mia Nasir- “Allah Bagi Extra Gigi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-5.jpg)
![[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- “Glowingnya Bakal Ibu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-4.jpg)





![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)

























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






