5 Fakta Menarik Filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ Yang Ramai Tak Tahu

3 days ago 13

Bagi peminat Bollywood, sudah tentu filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ tidak asing di telinga kamu. Filem Bollywood yang ikonik ini dibintangi oleh sederet pelakon ternama seperti Shah Rukh Khan (SRK), Kajol, Kareena Kapoor, Hrithik Roshan hingga ke Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan.

Mengenangkan filem fenomenal ini sudah ditayangkan selama 23 tahun, ada beberapa fakta menarik mengenai ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ yang mungkin kamu tak tahu.

Tertanya-tanya? Scroll untuk ketahui apakah fakta tersebut di bawah;

#1 Lagu ‘You Are My Sonia’ Sebenarnya Untuk Kajol & SRK 

YouTube video

Tahukah kamu, lagi ‘You Are My Sonia’ sebenarnya dibuat untuk Kajol dan juga SRK? Lagu ini telah dirancang untuk muncul dalam adegan tarian mereka, tetapi malangnya ia tidak termasuk.

#2 Kemunculan Abishek Bachchan Dibatalkan Pada Saat Akhir

Anak kepada Jaya-Amitabh Bachchan sebenarnya telah menjalani penggambaran sebagai cameo. Tetapi adegan itu kemudiannya dipadamkan.

Foto – Miss Malini

Menurut beberapa sumber, Abishek sendiri meminta Karan Johar untuk keluarkan adegannya daripada filem itu.

#3 John Abhraham Tolak Watak “Robbie”

Tak ramai yang tahu, sebenarnya pelakon John Abhraham telah menerima tawaran untuk memegang watak sebagai “Robbie” iaitu kawan kolej dan stalker “Poo”.

Foto – Rang Media Group

Namun John ketika itu masih lagi baru dalam industri dan dia akhirnya menolak tawaran tersebut.

#4 Amitabh & Jaya Bachchan ‘Bersatu’ Selepas 20 Tahun

Foto – Pinterest

Sebelum ini, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan terakhir kali berlakon bersama dalam filem ‘Silsila’ pada tahun 1981. Kemudian selepas 20 tahun, pasangan suami isteri ini bersatu semula dalam filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’.

#5 Watak “Anjali” Hampir Milik Aishwarya Rai

Foto – X

Tak ada siapa sangka, Aishwarya Rai sebenarnya menjadi pilihan pertama untuk melakonkan watak “Anjali Sharma”. Walau bagaimanapun, watak tersebut akhirnya dimainkan oleh Kajol.

Ada tak kamu pernah dengar fakta-fakta di atas sebelum ini?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |