Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi perkembangannya bersama ahli kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah tiba di Tunisia, baru-baru ini.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil menerusi hantaran di Thread, akui rasa berdebar sebelum memasuki perairan antarabangsa yang digelar sebagai ‘Red Zone’ kerana mereka bakal mengalami kesukaran untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai misi kemanusiaan ke Gaza itu.
“Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan, kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa, dan dah boleh dikatakan Red Zone.
Jadi mungkin ketika itu agak susah dah kami nak update atau live. Kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.”-kongsi Zizi Kirana di Thread

Diiringi Laungan Azan
Dalam pada itu, Zizi turut berkongsi foto pemandangan di Tunisia yang diiringi dengan laungan azan setelah tiba di negara Afrika Utara itu.
“Alhamdulillah sampai di Tunisia, saya keluar naik ke bahagian atas kapal, dan terdengar laungan azan ‘Allahuakbar Allahuakbar’ 🥲.
Ya Rabb, Penolong, Pelindung dan Penjaga kami satu-satunya 🤲🏻.”-kongsi Zizi lagi

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar misi kemanusiaan mereka ke Gaza dipermudahkan dan bakal selamat kembali ke tanah air kelak.
“Mungkin jalan ini berat, tetapi di hujungnya ada kemenangan yang tidak ternilai 🤲🏻🫶🏻🥹.”
“Ya Allah, Engkau lindungi sentiasa team Sumud Flotilla, sampaikanlah mereka ke Gaza dengan selamat, berjaya sempurnakan misi dan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.”
“Semoga Allah jaga kalian, Allah Jaga dan Lindungi kalian. Sesungguhnya kami saksi mata betapa kuatnya jihad kalian semua.”
Sekadar info, pada Isnin lalu, sebanyak 24 kapal Flotilla dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza bagi membawa mesej solidariti serta bantuan asas kepada rakyat Palestin.

2 months ago
75

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)