Kumpulan nasyid lagenda, Rabbani baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan bakal mengadakan konsert mega buat julung kalinya pada tahun ini.
Rabbani antara kumpulan nasyid yang menjadi fenomena dan popular pada tahun akhir era 90-an menerusi lagu-lagu popularnya sehingga kini seperti Intifafa, Pergi Tak Kembali, Satu Qiblat Yang Sama dan banyak lagi.
Rabbani sebelum ini diketuai oleh penyanyi vokal utama mereka iaitu Mohd Asri Ibrahim sebelum arwah meninggal dunia pada tahun 2009 dan kini kekal dengan tujuh orang anggota kumpulan.
Bakal Lakar Sejarah Di Idea Live Arena Pada September Ini

Dijadualkan pada 20 September 2025 hadapan, bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor bakal melakar sejarah apabila Rabbani akan muncul dengan persembahan solo terbesar mereka dalam Konsert Intifada Rabbani selepas hampir tiga dekad dalam industri seni muzik.
Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam itu akan berlangsung selama dua jam oleh mereka yang terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Asri Ubaidullah, Zulkiflee Azman, Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen, Mohamad Afandi Shahbudin dan Ahmad Shafie.
Selain paduan suara merdu mereka yang akan mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Intifada dan Pergi Tak Kembali, konsert itu juga akan menampilkan penyanyi jemputan kumpulan nasyid Brothers, Yabang dan Aeydan.
Harga Tiket Bermula RM150
Tiket- tiket akan mula dijual secara rasmi bermula pada 31 Julai ini dan dijangka akan habis terjual dalam masa yang singkat. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat bersama-sama turut serta konsert yang dinanti-nantikan peminat nasyid Malaysia.
Harga tiket bagi konsert ini bermula RM150 (CAT4) / RM200 (CAT3)/ RM230 (CAT2) / RM250 (CAT1) untuk kategori Lower Level. Manakala, bagi Upper Level pula berharga RM258 (CAT5), dan RM238 (CAT6).
Jangan lepaskan peluang!

3 months ago
178









![[VIDEO] Telatah Fatima Ambil Suntikan Ditemani Fazura Raih Pujian Netizen…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2266.jpeg)
![[VIDEO] Aksi 15,000 Penonton Doakan Sherry Alhadad Untuk Kurus Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2265.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Eidrees Minta Upah Dekat Anzalna Sebab Tolong Promot Barang Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2264.jpeg)





![[VIDEO] “45 Minit Yang Menakutkan!”- Salman Khan Hampir Maut Ketika Penerbangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-11.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Matin ‘Terjah’ Watie Hanifiah Mengidam Mahu Naik Motosikal, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/0db1a3fd-749a-4da3-be9e-5ed2018239e5.jpg)




























![[VIDEO] Bapa Hadiahkan Beg PRADA, Reaksi Ammar Ahyan Buat Netizen Berdekah- “Posing Kemain”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/5-6.jpg)
