Pernah melalui pengalaman getir hampir serupa, pelakon senior Zarina Zainuddin tampil menitipkan doa agar hubungan aktres muda, Anna Jobling dengan ibu kandungnya, Ariz Arop, kembali pulih. Menurut Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 54, seorang anak tidak wajar membiarkan pertelingkahan dengan ibu berpanjangan kerana akhirnya ia hanya akan mengundang penyesalan apabila insan tersayang itu sudah tiada lagi.

“Bila mak sudah tiada esok? menyesal pun tak berguna. Jangan jadi seperti saya, asyik bergaduh sahaja sebab sakit hati kenapa waktu kecil mak saya tak jaga dan bila sudah besar baru cari. Akhirnya bila mak sudah tiada, saya rasa rugi kerana tidak menghabiskan masa dengan dia. Semoga Anna dan ibunya berbaik semula,” kata Zarina dalam ruangan komen di Instagram susulan laporan kemelut aktres muda itu dengan ibunya.
Tambah Zarina lagi, status seorang ibu tetap kekal meskipun ada pihak luar cuba meracuni fikiran dengan kata-kata yang mampu mengeruhkan hubungan anak dan ibu. Baginya, doa seorang ibu adalah kunci utama rezeki seorang anak dan ia tidak boleh dipandang ringan. “Orang luar racunlah sahaja apa pun, tetapi ibu tetap ibu, tiada dua. Doa ibu sangat mustajab untuk rezeki kita,” ujarnya penuh makna.

Komen Zarina itu hadir selepas Kosmo! Online memuat naik kenyataan Ariz yang mengaku memukul anaknya sendiri, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, pada bahagian muka kerana mendakwa Anna sudah melampaui batas termasuk dikatakan bersikap kurang ajar terhadapnya. Pendedahan Ariz itu sekali lagi menghangatkan kemelut antara ibu dan anak yang masih belum berkesudahan hingga kini.

Terdahulu, Ariz turut mendedahkan dirinya menerima perintah injunksi daripada Anna pada Disember tahun lalu, menambahkan lagi keretakan hubungan mereka yang kini menjadi perhatian umum. Dalam pada itu, kata-kata Zarina mencerminkan pesanan penuh pengalaman agar Anna dan Ariz mencari jalan pendamaian sebelum terlambat.

3 months ago
89

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
