Selepas penantian yang panjang dan pelbagai spekulasi bertebaran, akhirnya Konsert Tsumawi Mawi World Live In Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu, sah dibatalkan secara rasmi.
Pengumuman itu dibuat oleh pihak penganjur, Showtag Asia, menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka semalam.
Konsert Dibatalkan
Menurut kenyataan tersebut, keputusan membatalkan konsert ini terpaksa diambil selepas mempertimbangkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakannya.
Pembatalan itu nyata mengecewakan ramai peminat yang ternanti-nanti kemunculan semula Mawi, penyanyi yang pernah mencipta fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air.
Namun begitu, tular pula satu video AI di media sosial yang memperlihatkan wajah Mawi disunting seolah-olah sedang bercakap kepada Dato’ Aznil Haji Nawawi (Paknil), sambil mendakwa “zaman Mawi dah habis”.
“Zaman Tsumawi Belum Tamat” – Paknil
via Instagram Pak NilSebagai individu yang rapat dengan Mawi sejak awal kemunculannya, Paknil tampil mempertahankan dalam satu video di Instagram.
Paknil nak bagi semangat kepada Mawi.
Paknil tak tahu dari mana datang statement ‘zaman Mawi dah habis’.
Itu satu benda yang tak patut diucapkan.
Paknil turut mengimbau kembali bagaimana fenomena “Tsumawi” suatu ketika dahulu mencipta sejarah tersendiri dan belum ada lagi yang berjaya mengatasi kehebatannya.
Baginya, era Mawi bukan sekadar momen biasa, tetapi satu penanda aras dalam industri hiburan dan Paknil yakin dengan kemampuan Mawi untuk bangkit dan kembali berdiri di pentas besar.
Tak jadi buat konsert tu perkara biasa.
Ramai artis besar pun pernah batal konsert.
Tapi itu bukan pengakhiran.
Sokongan Tak Berbelah Bahagi
Paknil juga menyatakan rasa kagum terhadap usaha keras Mawi dalam membina kerjaya dan menjaga keluarganya dan menyatakan bahawa semangat dan kepercayaan harus dikekalkan, bukan dijatuhkan dengan spekulasi kosong.
Saya percaya ramai peminat masih ingin melihat Mawi beraksi di pentas.
Banyak momen indah yang kita boleh imbau semula
Walaupun konsert dibatalkan, satu perkara yang pasti – zaman Tsumawi belum berakhir. Selagi ada peminat setia dan rakan seperjuangan yang menyokong, semangat itu akan terus hidup.

3 months ago
130

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
