Nampak tak perbezaannya?
Kongsian theqoo telah menjadi tular selepas web tersebut membincangkan tentang transformasi wajah aktor dan pelawak Korea Selatan, Lee Kwang Soo. Berdasarkan kongsian tersebut, peminat telah berteka-teki, mendakwa bahawa Kwang Soo melakukan pembedahan plastik apabila bentuk kening dan hidungnya telah berubah.
Jom sama-sama lihat dan bandingkan gambar Kwang Soo yang sebelum ini…
Foto – @masijacoke850714 (IG)… dengan yang terkini.
Foto – KoreabooPelbagai spekulasi tercetus apabila melihat gambar terkini Kwang Soo. Jika kamu perhatikan, bahagian keningnya nampak lebih gelap dan terbentuk. Manakala hidungnya pula sedikit kecil dan kelihatan terletak elok.
“Saya terkejut melihat ada perbezaan dalam penampilannya tetapi tak pernah menyangka bahawa keningnya memainkan peranan besar. Kalau bandingkan dua gambar berbeza, anda akan nampak solekan bahagian matanya juga berubah.”
“Raut wajahnya berubah sehingga saya tidak dapat mengenalinya. Keningnya berubah. Wajahnya nampak sangat berwibawa. Saya rasakan dia telah melakukan yang terbaik untuk ubah imej yang ceria.”
“Bentuk kening seperti tidak ada banyak perubahan tetapi jarak antara mata dan kening nampak semakin dekat.”
“Nampaknya hidung berubah. Semakin rendah?”
Berdasarkan beberapa komen lagi, ada pengguna media sosial mendedahkan perubahan wajahnya itu mungkin disebabkan oleh Kwang Soo berhenti mengambil minuman alkohol dan mula bersenam. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertanya-tanya jika Kwang Soo menggunakan pendakap gigi untuk membentuk wajahnya menjadi lebih tajam.
Apa-apa pun, wajah terbaru Kwang Soo buatkan aktor ini nampak lebih gagah dan kacak ye!

3 months ago
79

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
