Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Menerusi video lucu yang dimuatnaik di Instagram, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyatakan bahawa kandungannya kini sudah berusia 3 bulan.
“Sebenarnya saya simpan cerita ni dah lama dan eksklusif untuk Uyaini dan juga nurtizen. Saya sebenarnya sedang mengandung 3 bulan. Suprise.”-umum Uyaina di Instagram
“InsyaAllah Ini Yang Terakhir..”
Kongsinya lagi, kehamilannya kali ini sememangnya tidak dirancang dan menganggap ia adalah pemberian Tuhan.
Malah, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini turut menyatakan bahawa kehamilannya kali ini mungkin buat kali terakhir.
“Bukan tiap-tiap tahun, cuma selang 2 tahun kot. Anak pertama 2022, anak kedua 2024, insyaAllah anak ketiga ni 2026.
Dan kami memang tak merancang, ini semua pemberian dari Tuhan. Kami terima je dengan hati yang terbuka.
Kalau ikut plan kami, insyaAllah ini yang terakhir “-kata Uyaina
Netizen & Rakan Selebriti Ucap Tahniah!

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen berkongsi rasa teruja atas kehamilan ketiga Uyaina, malah ramai yang meluahkan rasa terhibur dengan video lucu yang menampilkan Uyaina sebagai pengacara dan tetamu jemputan itu.
“Taste pulak dekat Uyaini ni 🫣.”-Raja Syahiran
“Hahaha 🤣🤣. Anyway Alhamdulillah moga Allah pelihara kandungan dan diberikan keafiatan.”-Noor Neelofa
“Hahaahha tadaaaaa what an announcement😂 Congratulationssss Yana, woot woot baby no 3 coming 😍❤️.”-Dayah Bakar
“Congratulations Yana 😍😍😍 So happy for you!!.”-Catriona Ross
“I tunggu next episode. Congratulations Uyaina. Semoga dipermudahkan urusan dan sihat sentiasa.”-Hawa Rizwana
Sekadar info, Uyaina Arshad mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Apa komen anda?

3 months ago
126

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-39.png)