Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat China atas urusan kerja selama empat hari. Salah satu agenda utamanya ialah menghadiri majlis makan malam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang pada Sabtu (31 Ogos 2025) lepas.
Datuk Seri Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah disambut mesra oleh Presiden China iaitu Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan. Sambutan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada siri acara menjelang sidang kemuncak SCO 2025 yang berlangsung pada Isnin (1 September 2025) lepas.
Foto – @anwaribrahim (X)Dan di tengah-tengah suasana formal itu, sebuah momen yang singkat telah mencuri perhatian seluruh dunia. Momen tersebut adalah apabila Xi Jinping menghulurkan tangannya kepada Wan Azizah untuk bersalaman. Namun reaksi Wan Azizah yang tidak membalasnya telah menjadi perbualan ramai.
Berbanding bersalaman dengan Xin Jinping, Wan Azizah dilihat telah tunduk sedikit dan meletakkan tangan di dadanya, sebagai bentuk penghormatan tanpa sentuhan fizikal oleh seorang wanita Islam.
Momen singkat yang berlangsung kira-kira kurang lima saat itu telah membuatkan Xin Jinping terdiam dan kaku seketika sebelum mengangguk tanda faham. Manakala Peng Liyuan pula tersenyum di sebelahnya.
Foto – @mog_russEN (X)Insiden kecil itu telah menjadi topik hangat dunia apabila sebuah akaun X @mog_russEN menyiarkan momen singkat itu dan menggambarkan bagaimana situasi itu luar biasa.
“Luar biasa. Isteri Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim enggan berjabat tangan dengan Presiden Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Kerjasama Shanghai di Tianjin 2025”, tulis @mog_russEN sebagai kapsyen.
Walaubagaimana pun, ramai yang menjelaskan bahawa tindakan Wan Azizah itu bukanlah satu bentuk penolakan atau tidak hormat kepada Xin Jinping. Malah ia merupakan manifestasi kepatuhan kepada ajaran agama.
Tahniah Datuk Seri Dr. Wan Azizah kerana menjadi contoh wanita Islam terbaik dengan berpegang pada prinsip agama tanpa menimbulkan salah faham. Apa kata kamu?

2 months ago
104

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)