Penantian para peminat menjadi kenyataan. Buat pertama kali dalam kariernya, penyanyi Hafiz Suip bakal mengadakan konsert solo berskala besar di ibu kota menerusi Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November 2025.
Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa,
sebaliknya menjanjikan pengalaman emosional yang menyentuh hati.
Selepas 16 tahun berada dalam industri seni tanah air, Hafiz kini tampil lebih matang bukan
sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai individu yang bangkit daripada kejatuhan
untuk terus memberi inspirasi menerusi muzik.
Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, konsert ini membawa nilai yang
cukup mendalam dan istimewa kerana ia menandakan satu titik perubahan dalam karier
Hafiz.
“Ini adalah konsert pertama Hafiz Suip di Kuala Lumpur, dan ia sangat istimewa buat kami.
Ia bukan sekadar tentang muzik, tapi sebuah kisah peribadi yang diangkat ke pentas
sebagai inspirasi untuk semua,” katanya.
Tiket Sudah Ada Yang Sold Out!

Jualan tiket telah pun mula dijual pada Selasa melalui laman sesawang Ticketmelon. Malah tinjauan Murai di laman sesawang tersebut mendapati sudah ada kategori tiket yang ‘sold out’!.

Harga tiket konsert “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip” adalah seperti berikut:
• RM188 – Matahari
• RM288 – Ku Akui
• RM388 – Ombak Rindu
• RM488 – Takdir Tercipta
• RM588 – Awan Nano
• RM788 – Bahagiamu Deritaku
Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena untuk menyaksikan konsert ini
yang bakal menggabungkan elemen muzik, naratif kehidupan serta persembahan vokal luar
biasa daripada juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu.
Pada konsert kali ini juga, Hafiz akan turut menampilkan penyanyi jemputan istimewa,
namun buat masa ini, identitinya masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada penonton.

3 months ago
107

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
