Nampaknya kemelut antara aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop belum lagi menemui jalan penyelesaian apabila mereka masih menjadi topik perbedabatan ramai di media sosial.
Dan terbaru, Ariz menjadi perhatian ramai selepas melakukan sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya. Menerusi sesi tersebut, Ariz mendakwa perubahan sikap anak tunggalnya itu disebabkan oleh campur tangan pihak ketiga.
Ariz turut menyebut hasutan daripada pihak ketiga telah menyebabkan hubungan mereka menjadi retak dan layanan Anna terhadapnya berubah menjadi dingin. Tambah Ariz, disebabkan hasutan tersebut, Anna telah mengambil langkah undang-undang seperti memfailkan injuksi kepadanya.
“Takde niat nak suka-suka aibkan dia tapi perlakuannya sangat melampaui batas. Anna dah belakangkan Aunty (Ariz) dengan hasutan-hasutan orang keliling dia. Sebab ramai yang menghasut dia, buat injuksi itu ini. Semua banyak, terpaling menghasut dia.”
Pada masa yang sama, Ariz turut mengakui pernah memukul anak tunggalnya itu namun menegaskan ia bertujuan untuk mendidik dan bukannya mendera.
“Aunty pernah tampar dia tapi sebab… Biasalah mak macam lepuk-lepuk anak kalau nakal. Aunty pernah tampar dia sebab bila dia melawan kuat sangat dan melampaui batas sampai guna bahasa “kau aku”, lepas tu ada ayat yang tak sepatutnya dia kata kat Aunty. Itu Anna sekarang, dah takde rasa hormat langsung Aunty, dah takde kasih sayang. Senang cerita buang Aunty la.”
@kucengbaiknext .. #annajobling #mamajobling #mamaaj #fyp
♬ original sound – kucengbaik – kucengbaik
Walaupun Ariz telah menjelaskan keadaan sebenar mengenai kemelut mereka, namun ada segelintir pengguna media sosial mula memberi pandangan yang sebaliknya. Berdasarkan apa yang Murai baca di platform Threads, netizen beranggapan Anna berada dalam situasi anak difitnah oleh ahli keluarga toksik.
Foto – @_kelly.nur (Threads)Apa pendapat kamu?

3 months ago
120

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
