[VIDEO] Tak Sangka Naik Helikopter Tak Mahal! Ini Aktiviti Paling ‘Next Level’ di Melbourne, Australia

1 day ago 12

Sewaktu kami dalam perjalanan menerokai The Great Ocean Road di Melbourne, ada satu pengalaman yang betul-betul mencuri hati dan buat kami rasa macam tengah mimpi—kami naik helikopter, geng! Ya, betul.

Terbang tinggi di udara sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang luar biasa indah. Terima kasih yang tak terhingga kepada AirAsia atas peluang luar biasa ni, hasil kerjasama hebat mereka dengan Juicy World dan Star RV World yang membawa MURAI merasai sendiri keajaiban bumi Australia dari perspektif yang sangat berbeza.

Wajib Buat Kalau Ke Melbourne: Naik Helikopter!

Naik helikopter di kawasan ikonik ni memang kami boleh katakan sebagai aktiviti wajib kalau korang jejak kaki ke Melbourne. Bila kita tengok pemandangan The Great Ocean Road dari darat, dah cukup memukau, tapi bila dah naik helikopter, semuanya jadi berkali ganda lebih mengagumkan.

Dari atas, kami disajikan dengan pemandangan memukau sepanjang garis pantai yang dikenali sebagai Shipwreck Coast—tempat yang kaya dengan sejarah kapal karam dan formasi batu yang sangat dramatik.

12 Apostles & London Bridge dari Udara – Memang Lain Macam!

Salah satu highlight paling mengujakan dalam penerbangan ini mestilah 12 Apostles. Tapi bukan itu sahaja, ada satu lagi formasi batu yang tak kurang hebatnya, iaitu London Bridge—batuan tinggi di tepi pantai yang menyerupai jambatan terkenal di London.

Bila helikopter berpusing perlahan-lahan mengelilingi kawasan tu, terasa macam scene dalam filem—angin sepoi-sepoi, matahari pagi menyinari laut yang membiru, dan di bawah, terbentang ciptaan semula jadi yang memukau mata.

16 Minit yang Tak Akan Dilupakan

Perjalanan dalam helikopter ni berlangsung selama lebih kurang 16 minit, dan sepanjang tempoh tu kami terbang sejauh 45 kilometer. Walaupun nampak sekejap, tapi setiap saat betul-betul berharga.

Kami sempat menyaksikan lima lokasi ikonik termasuklah The Arch, The Sentinel, Loch and Gorge, London Bridge dan tentunya, 12 Apostles. Helikopter yang kami naiki boleh memuatkan sehingga tujuh orang, jadi kalau datang bersama rakan atau keluarga, memang sesuai sangat untuk kongsi momen indah ni sama-sama.

Harga Tak Mahal Seperti Disangka – Mewah, Private dan Berbaloi!

Ramai yang anggap naik helikopter ni mesti mahal gila dan hanya untuk golongan kayangan, tapi sebenarnya tak pun! Untuk pengalaman selama 16 minit ni, harga dia cuma sekitar AUD195 seorang—lebih kurang RM546. Dan dengan pemandangan yang korang akan dapat, ditambah lagi dengan suasana mewah dan eksklusif dalam helikopter, memang rasa macam VIP terus.

Bila dah duduk dalam helikopter sambil layan pemandangan, memang akan rasa macam trip private tour. Tak crowded, tak perlu berebut spot, dan setiap tempat yang kita lalui terasa eksklusif. Korang pun akan dapat gambar dan video yang tampak premium—perfect untuk simpan kenangan ataupun naikkan sikit ‘aesthetic’ feed Instagram tu!

Tempah Awal, Terbang Pagi – Tips Untuk Pengalaman Terbaik

Satu tips penting: tempah awal! Slot selalunya cepat penuh sebab permintaan memang tinggi, lebih-lebih lagi waktu musim percutian. Tempahan boleh dibuat terus di laman web mereka di 12apostleshelicopters.com.au, mudah dan cepat.

Kalau boleh, pilih slot waktu pagi. Cuaca biasanya lebih tenang, langit biru cerah dan laut di bawah nampak membiru macam kaca. Semua sudut nampak sempurna dari atas, dan kalau korang jenis suka ambil gambar, masa inilah paling ideal.

Kenangan Yang Akan Buat Korang Tersenyum Sampai Bila-Bila

Kalau korang tengah plan nak ke Melbourne, letakkan aktiviti ni paling atas dalam senarai korang. Ini bukan sekadar naik helikopter, tapi satu pengalaman yang akan buat korang tersenyum setiap kali teringat. Satu kombinasi yang rare—harga yang masih mampu milik, rasa mewah, pemandangan luar biasa dan kenangan yang akan kekal seumur hidup.

The Great Ocean Road dari udara? Satu perkataan je—epik!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |