Penyanyi, Syasya Rizal tampil memberi penjelas selepas netizen meluahkan rasa bimbang dan memberikan teguran terhadap Syasya yang didakwa menggoncang anak lelakinya yang baru berusia lima bulan dengan kuat ketika melakukan trend TikTok bersama.
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah binti Shahrizal menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan reaksi anaknya, Muhammad Yassir Hayyan yang dikatakan bersikap ‘nonchalant’ seperti bapanya, Nasrullah Mohd Sapie.
“Bila anaknya nonchalant macam bapanya 🙂↕️.”
@syasya.rzlbila anaknya nonchalant macam bapaknya 🙂↕️
♬ original sound – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲 – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲
“Berani Ya Buat Macam Tu Kat Leher Dengan Kepala Anak..”

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen memberikan teguran dan meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan Syasya yang disifatkan bakal memberi kecederaan dalaman kepada Yassir jika menggoncang badannya terlalu kuat.
“Hi Sya, sorry but jangan shake dia macam tu takut injured dalam lagi-lagi kepala.”
“Yang penting tak macam parent lain tolak kepala anak haish.”
“Kesian anak tu mummy. Kenapa ditolak begitu 😅.”
“Berani ye buat macam tu kat leher dengan kepala anak. Jangan buat lagi bahaya 😭.”
“Trend apo pulak tunjal-tunjal anak ni huhu.”
Syasya Beri Penjelasan!
Tidak berdiam diri, Syasya menjelaskan bahawa video yang dirakam itu telah ditambah kelajuan (speed), selain menegaskan bahawa tidak mungkin baginya mahu menggoncang tubuh badan Yassir dengan kuat.
“Ini 2x speed, takkan saya nak gegar Bobot (Yassir Hayyan) kuat macam tu. Chill semua 😊.”-jelas Syasya

Sekadar info, Syasya Rizal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember 2024.
Tidak mungkin dia sebagai seorang ibu sengaja mahu mencederakan anaknya sedemikian rupa..Apa komen anda?

3 months ago
87

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
