Untung siapa yang sekapal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza kan? Mana taknya, secara spontannya Biduanita Negara ini telah membuat konsert percuma untuk menghiburkan penumpang yang menaiki pesawat sama dengannya.
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok (@hasbulbrothers) itu telah mendapat tontonan sebanyak 324.5 ribu, 23.2 ribu tanda suka, 848 komen dan 2491 kongsian.
“Siapa sangka. Dalam flight menuju Jogja, kami terserempak dengan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk. Kami sangat teruja berpeluang mendengar secara langsung nyanyian istimewa oleh beliau di dalam flight. Terima kasih hiburkan kami!”, tulis @hasbulbrothers di kapsyen.
@hasbulbrothersSiapa sangka… Dalam flight menuju Jogja, kami terserempak dengan biduanita negara, Dato Sri Siti Nurhaliza @ctdk Kami sangat teruja berpeluang mendengar secara langsung nyanyian istimewa oleh beliau di dalam flight. Yang lebih luar biasa, ICON Hasbul Brothers sendiri sempat berpeluang menyanyi bersama menghiburkan penumpang di samping merakam kenangan bersama. Terima kasih @Siti Nurhaliza hiburkan kami! #hasbulbrothers #sitinurhaliza #tokti #konsert #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi. Yang paling menarik perhatian adalah, kelunakan suaranya tidak dapat dipertikaikan lagi walaupun hanya menggunakan sistem interkom pesawat itu sahaja.
“Kenapa suara TokTi jelas je, tapi bila time pilot buat announcement bunyi macam lalat tercekik asap nyamuk”, komen @lqmnhsn/
“Tengok! TokTi guna elok je jelas suara, turn crew pilot guna tiba-tiba macam tertelan mic. Ke memang mic kapal ni memilih orang”, komen @yellowbutterfly_rs.
“”Saya cuba…” Boom suara gemersik merdu keluar dari mulut dia tanpa cuba”, komen @dks_dio.
Bukan itu sahaja, segelintir pengguna media sosial lain pula ada memuji peribadi Siti Nurhaliza yang menaiki pesawat kelas ekonomi walaupun dirinya telah memegang gelaran Biduanita Negara.
“Millionaire naik economy je”, komen @echoofmalaya.
“Antara manusia yang tidak menunjuk-nunjuk kekayaan. Rezeki berkat”, komen @mfo27882.
“Mak Iti pun naik kelas ekonomi. Tak jatuh standard pun relaks je”, komen @cik.suri.rumah.2.
Betul-betul untung penumpang yang menaiki pesawat yang sama dengan Siti Nurhaliza. Tetapi bila fikir semula, mesti juruterbang juga cemburu kerana terlepas persembahan langsung dan mampu mendengar konsert ‘free’ Biduanita melalui interkom sahaja kan?

3 months ago
76

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)