Tiada siapa sangka, suasana yang tenang di pusat beli-belah secara tiba-tiba bertukar menjadi kecoh apabila berlakunya serangan tikaman rawak terhadap orang awam.
Insiden mengejutkan orang ramai itu dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kajang, Selangor, apabila seorang wanita didakwa bukan warganegara telah mengakibatkan kecederaan sekurang-kurangnya enam mangsa akibat serangan tikaman rawak.
Berdasarkan kongsian beberapa pengguna di media sosial, insiden serangan tikaman rawak itu bermula daripada kemalangan kecil yang melibatkan sebuah kereta (yang dipandu oleh wanita berkenaan) dan sebuah motosikal. Menurut saksi di tempat kejadian, wanita itu telah hilang kawalan emosinya dan mula menyerang penunggang motosikal dengan menggunakan pisau.
Tidak berhenti di situ, wanita tersebut mula berlari masuk ke pusat beli-belah berdekatan dan secara rawak menyerang orang awam di sekitarnya.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, orang ramai mendakwa wanita tersebut telah menikam dua orang awam di kedai pencuci mulut dalam pusat beli-belah berkenaan.
“Wǒ hèn Malaysia (Terjemahan: Saya benci Malaysia)”, ujar wanita bukan warganegara tersebut.
@rara_yusoffweiyh dia tiba datang tikam dua cust aku .. allahui ape nie takut weiyh .. dh la tgh keje #metropointkajang #fly
♬ original sound – F/F✨ – F/F✨
Melihat insiden ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam. Difahamkan, pihak polis telah menahan wanita bukan warganegara itu selepas mengakibatkan kecederaan enam mangsa.
“Hasil bantuan orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia 21 tahun hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut.”
Susulan penahanan tersebut, pihak polis melakukan permohonan reman terhadapnya dan meneruskan siasatan untuk mengetahui motif kejadian wanita bukan warganegara itu.
Murai berharap mangsa-mangsa dapat kembali pulih daripada trauma insiden tersebut!

3 months ago
83

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
