Ada sahaja gelagat Leona yang boleh buatkan kita tak kering gusi. Selepas tular kerana menyanyi lagu trending ‘Cokcek’, kali ini Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar telah membuatkan ramai terhibur dengan gelagat selambanya yang melepaskan angin semasa siaran langsung.
Radio ERA menerusi platform Instagram dan TikTok, berkongsi klip video pendek menunjukkan Leona dan penyampai radio Shasha Nadira Rosli sedang memasak di dapur.
Tetapi tiada siapa jangka ketika Shasha mahu mencedok nasi, Leona dengan tidak sengajanya telah melepaskan angin. Apa yang lebih melucukan, kejadian itu berlaku semasa Leona sedang membaca doa makan.
“Terkentut, hahaha. Leona tak boleh tahan”
Gelagatnya itu telah meraih pelbagai reaksi warganet. Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terhibur mereka melihat Leona.
“Kepada semua… Perempuan kentut ye. Good job Leona presenting us.”
“Lancar bunyinya walaupun berdiri.”
“Ngam lepas bismillah. Angin tak baik untuk kesihatan lah tu. Husnuzon.”
“Dia (Leona) betul-betul transparent takde fake.”
“Berombak terus langsir meja belakang tu ye.”
“Mesti dah habis menahan seksa azab tu. Last last terlepas jugak hahahaha.”
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Radio Era, Leona dan Shasha sedang mencuba resepi penyanyi Amira Othman yang menjadi trending baru-baru ini iaitu telur mata kicap ikan bilis goreng.
Sebelum ini, Leona menjadi perbualan ramai apabila dia membuat persembahan bersama kumpulan dikir barat di hadapan Pavilion Suites ketika menyertai acara larian Keretapi Sarong Music Run.
@akirina1♬ original sound – Epal Hijau🍏 – Epal Hijau🍏
Semasa acara tersebut, Leona menghiburkan pengunjung dengan menyanyikan lagu ‘Cek Cek Cek: Bunyi Cicak’ dan ‘Bea Sobar Bea’ bersama penyampai radio Haziq Hussni.
@leonathe2ndTiba tiba jadi rap
♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na
Gelagatnya itu telah mendapat pujian ramai apabila netizen mendedahkan anak perempuan Azhar Sulaiman itu seorang gadis yang semula jadi kelakar.

2 months ago
68

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)