[VIDEO] Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas, Netizen Terhibur

3 hours ago 1

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Alyah membuat kejutan menyanyi semasa Tok Ram menjadi juri di sebuah pertandingan menyanyi.

@alyah81official

Tajuk lagu senja nan merah,Menyanyi bersama penyanyi bernama merah.2 tahun lepas nyanyi ngan Daddy merah.Tak sangka tahun ni nyanyi ngan merah pulak dan itu perasaan yg cukup luar biasa 👏👏👏 #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #fypage #malaysiatrending

♬ original sound – alyah81official – alyah81official

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Tok Ram yang terkejut melihat isterinya menyanyi di pentas itu. Mereka juga mengatakan bahawa Tok Ram sangat lucu orangnya walaupun kelihatan sangat tegas dalam bekerja.

“tok ram memang gitu dia nonchalant tapi dia okay jee”

“malu malu tu, hati tak tenteram tengok wife nyanyi”

“tok ram bangga sebenarnya tu isteri perform kat depan cuma biasalah lelaki”

“kalau datuk k dia rekod datuk siti nyanyi, yang tok ram ni nak lari je keje nya hahahaha bertuah betul”

“rindu nak dengar suara datin alyah, memang power dari dulu sampai lah sekarang, sedap lunka merdu semua ada”

Info Tambahan, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik Malaysia yang terkenal dengan sumbangannya dalam industri seni tanah air. Dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, beliau menukar kerakyatan Malaysia pada 1989.

Walaupun hanya menamatkan pendidikan hingga darjah enam kerana kesusahan hidup, Tok Ram memulakan kerjaya muziknya seawal usia 14 tahun, belajar secara autodidak melalui pembacaan dan bimbingan insan seni.

Beliau terkenal sebagai pemuzik, penggubah lagu, pengarah muzik, dan konduktor berbakat, dengan pengalaman luas di Hong Kong dan Malaysia. Tok Ram pernah berkhidmat sebagai pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, serta memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik. Ketegasan dan disiplinnya menjadikan beliau ikon dalam industri muzik Malaysia.

Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |