[VIDEO] Rakyat Teruja Lihat Tengku Hassanal Sertai Sukan Polo-“Full Pakej Ni”

5 hours ago 6

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.

Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

“First Time Nampak Tengku Hassanal Main Sukan Ni, Selalu Nampak Putera Mateen Je”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @7his_fanspage yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 12 ribu, tanda suka sebanyak 967 dan sebanyak 45 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal yang bermain sukan polo bersama pasukannya itu.

@7his_fanspage

TMP x Polo Cr : Cameo.x #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal #fanspage

♬ original sound – 7his ™ – 7his ™

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka cair melihat Tengku Hassanal bermain sukan tersebut kerana tampak sangat kacak.

“wow sungguh handsome dan bergaya Tengku Hassanal”-Netizen

“Tetap semangat, kami sokong pasukan Tengku”-Tambah mereka

“Masha Allah Tengku, Sangat Bergaya masa bersukan”-kata mereka

“Hati hati Tengku bersukan tu, jangan sampai masuk hospital macam dulu”-tulis netizen

Tambah mereka lagi, keluarga diraja Pahang kesemuanya sangat merendah diri dan berjiwa rakyat oleh kerana itu mereka amat disayangi terutamanya dari rakyat negeri Pahang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |