Berbeza sedikit daripada kebiasaannya, kali ini Datin Shahida membuat siaran langsung untuk berkongsi sebuah kisah seram yang dialaminya di rumah baru-baru ini.
Isteri kepada Dato’ Sri Aliff Syukri itu berkata kejadian seram tersebut berlaku pada awal pagi ketika semua ahli keluarga dan pembantu rumahnya tidur. Kongsinya, pintu biliknya terbuka luas tepat pada pukul empat pagi walaupun dia sudah tutup rapat sebelum tidur.
Walaupun takut dengan situasi tersebut, Datin Shahida atau nama penuhnya, Nur Shahida Mohd Rashid, sempat menjengukkan kepala untuk melihat jika ada unsur orang pecah masuk di luar biliknya tetapi tiada.
“Saya nak cerita satu kisah seram tau. Ini kisah benar Wallahi. Malam tadi saya kan tidur, lepas tu tiba-tiba pintu bilik saya terbuka. Saya macam, “Eh dah pagi ke?”, saya terjaga. Saya meremang, tepat pukul 4 pagi. Pintu terbuka sendiri tau, padahal rumah saya bukan ada angin.”
@kedai_dherbsCerita seram mama, pintu bilik terbuka sendiri pukul 4 pagi #shahidadherbs #aliffsyukriterlajaklaris #papalaris #horor #seram
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Sambungnya lagi, selepas melihat ke luar bilik, Datin Shahida dengan pantasnya menutup dan mengunci pintu bilik kerana bimbang. Tidak dapat tidur kembali, isteri Dato’ Sri Aliff Syukri itu mula tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.
“Masa tu saya tak boleh tidur dah, saya takut. Saya jadi gelisah, kiri kanan saya pusing. Lepas tu semua saya mimpi. Pintu tu saya tak kunci tapi dia macam lock bila saya tutup habis. Tak ada orang pusingkan, cuma dia terbuka.
Dato’ tidur dalam bilik kecil tu, saya tidur dengan Luqman. Lepas tu saya keluar intai, “Siapa tu?”. Berani pula tanya, tak ada yang menyahut, saya tutup kunci pintu terus. Ini betul-betul kisah benar.”
@kedai_dherbsDoakan yg baik baik untuk papa dan keluarga #aliffsyukriterlajaklaris #papalaris #foryou #fy #page
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Sebelum ini, Dato’ Sri Aliff Syukri pernah berkongsi bahawa ahli keluarganya dipercayai terkena penyakit ‘ain’ apabila mereka telah menghadapi masalah kesihatan seperti sakit mata dan kulit yang teruk.

3 months ago
124

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
