Pelakon Norman Hakim berkongsi momen lucu selepas bertemu pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida serta pengasas kosmetik terkenal, Anas Zahrin di sebuah acara, baru-baru ini.
Kongsi Norman Hakim di Instagram, dia berseloroh berkongsi hasratnya untuk mewujudkan sebuah ‘band boy’ baharu bersama Aliff Syukri dan Anas selain melantik Aliff sebagai penyanyi utama band tersebut.
“Kiteorang tengah bincang nak buat group bandboy. Datuk Seri Aliff Syukri dah terang lagi bersuluh sebagai penyanyi, saya keyboard dan Anas Zahrin main drum.
Saya yakin group ini akan berjaya, atleast untuk tembus market Asia sebab kita ada penyanyi lelaki Nombor 1 negara. Sayang kalau tak diketengahkan bakat-bakat kami yang terpendam.”-kongsi Norman Hakim di Instagram
“Ada Rezeki Kami Dah Terbayang Konsert Kami Berskala Besar..”
Kongsi Norman, hasratnya itu telah mendapat bantahan oleh para isteri yang berpendapat mereka lebih mengenali dan melihat masa depan suami mereka yang terbayangkan ‘konsert skala besar’.
“Cuma ada sedikit khilaf bila mendapat bantahan dari isteri-isteri kami sebab diorang cakap diorang lagi kenal dan boleh nampak masa depan kami dan group kami nanti. Apakah?? Nak bincang pun kena bisik-bisik. Nasib baiklah Anas belum kahwin, so bila 3 lelaki lawan 2 perempuan, maka kami la yang menang.
Ini backup plan kami untuk survive sebab fee TikTok dah makin naik. Kos barang pun makin mencanak. So ini backup plan kami untuk terus survive. Belum cuba, belum tahu kan? 10,000 langkah bermula dengan langkah pertama. Ada rezeki kami dah terbayang konsert kami berskala besar.”-tulis Norman lagi
Pelbagai Reaksi Netizen!
Perkongsian Norman dibanjiri pelbagai reaksi netizen terhadap hasrat Norman yang mahu mewujudkan band baharu itu, malah ada yang sempat berseloroh menyatakan bahawa mereka berada di pihak isteri Norman dan Aliff.
“Tak payah macam-macam ek bang Norman 😂😂.”
“Norman tolong tarik balik idea tu 😂😂😂 tapi maybe boleh ajak Ammayan 😍.”
“Hahahahaha tolong jangan ditubuhkan.. risau cantas semua penyanyi yang ada.”
“Habis la riuh satu pentas nanti.”
Apa komen anda? Adakah anda bersetuju jika ketiga-tiga usahawan ini menjadi sebuah boy band?

2 months ago
90

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)