[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”

8 hours ago 5

Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop wanita yang ternama iaitu Blackpink. Tidak kira usia, pangkat atau negara mana anda berada jika ditanya mengenai kumpulan ini pasti ramai mengetahuinya.

Kumpulan Blackpink merupakan kumpulan kpop idol yang berasal dari Korea Selatan dan mempunyai 4 orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose. Blackpink mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri diberi nama Blink yang sentiasa menyokong mereka di dalam industri muzik.

Mereka juga kelihatan baru sahaja selesai dengan konsert jelajah yang dilakukan mereka sebelum memilih untuk berhenti berehat buat seketika waktu dari dunia hiburan. keempat empat ahli kumpulan Blackpink ini juga telah bergerak dalam label mereka sendiri untuk lagu dan persembahan solo, manakala mereka masih lagi dengan label yang lama jika membuat persembahan secara berkumpulan.

“Lisa Terkejut Makanan Jadi Sedap, Dia Lupa Kot Ayah Dia Chef Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fanaccount_lethi yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 119 ribu dan sebanyak 850 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Lisa yang membuat somtam betik iaitu makanan yang sangat popular di Thailand.

@fanaccount_lethi

lisa with alice so funny #lisa #blackpink

♬ nhạc nền – fan account – fan account

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa reaksi Lisa sangat lucu apabila merasai sangat sedap somtam yang dibuatnya itu. Tambah mereka lagi, adakah Lisa lupa bahawa ayahnya seorang Chef jadi tidak hairanlah jika air tangan Lisa sangat sedap walaupun pertama kali mencuba membuatnya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |