Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Datuk Khalid Ni Makin Berusia Makin Bertambah Segak Ya, Pandai Tokti Jaga”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizonerss__ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 59 ribu, tanda suka sebanyak 847 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan telatah lucu Datuk Khalid yang sempat dirakam oleh Tokti.
@sitiz0nerss__sempena father’s days kita buat tok k punya mentality pulak hahah @Siti Nurhaliza #dato ‘k #sitinurhaliza #Aafiyah #Afwa #tokti #toktitiktok #simplysiti #sitizoner #allahummashollialasayyidinamuhammad #fyp #epwaypi #sabahan #foryoupage
♬ original sound – Grace Cantiga – Grace Cantiga
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak menyangka Datuk Khalid merupakan seorang yang sangat lucu kerana sering melihat beliau dengan keperibadian yang tegas. Tambah mereka lagi, Datuk Khalid kelihatan semakin segak apabila berusia serta kelihatan seperti sebaya dengan isteri tercintanya itu.
Mereka juga mengatakan bahawa sebarnya banyak lagi gelagat lucu Tokti bersama suaminya itu dan mungkin akan memuat naik pada video berikutnya. Walaupun Tokti kelihatan sibuk dengan konsert dan perniagaannya itu, namun beliau juga sempat mencuri masa buat keluarga tercintanya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.