Baru-baru ini usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya selepas melihat video selebriti Azwan Ali yang memijak beg jenamanya. Walaupun kecewa, Dato’ Sri Aliff menjelaskan dia tidak akan menyaman kerana mendakwa selebriti itu tidak mempunyai wang.
Mendengarkan temu bual Dato’ Sri Aliff itu, Azwan Ali atau mesra disapa sebagai Diva AA menjadi berang dengan dakwaan mengenai dirinya tidak mempunyai wang. Tidak mendiamkan diri, Diva AA memuat naik satu hantaran video pendek di media sosialnya.
@divaaavazztersohor#fyppp MAKI KAN JERRR ALIFF SYUKRI 👎👎👎👎👎
♬ original sound – divaaavazztersohor – divaaavazztersohor
Menerusi video pendek yang berdurasi 25 saat itu, Diva AA meluahkan rasa tidak puas hati selepas Dato’ Sri Aliff mendakwa dirinya tidak mempunyai wang.
“B*to lah Aliff Syukri! Dengan sepudal-sepudal tersi*l fanatik Aliff Syukri kononnya Diva AA tak ada duit.”
@divaaavazztersohor#fyppp BUTOHHHH 🖕🖕🖕🖕🖕
♬ original sound – Osman Johar🇲🇲💞🇲🇾 – Osman Johar🇲🇲💞🇲🇾
Dalam video yang sama, Diva AA menambah bahawa dia akan membuat satu pendedahan berkaitan dengan Dato’ Aliff Syukri tidak lama lagi. Walaubagaimana pun, hantaran video tersebut telah ditutup komen oleh Diva AA.
“Kau tunggu, kau tunggu pendedahan sebenar. Kau tunggu je. B*to mak engkau.”
Foto – @aliffsyukriterlajaklaris (IG) / DivaAATersohor (X)Secara peribadi, Murai menjangkakan kontroversi tersebut adalah salah satu bentuk gimik dan marketing daripada kedua-duanya untuk pelancaran beg terbaru Dato’ Sri Aliff Syukri. Tetapi jika lihat pada kepanjangan isu ini, sepertinya tidak. Walaupun Azwan Ali terkenal dengan sikapnya yang berterus terang dalam apa jua keadaan, Murai berharap selebriti itu dan Dato’ Sri Aliff Syukri boleh selesaikan isu ini dengan baik. Mungkin berjumpa serta berbincang tanpa bergaduh, dan jika boleh mungkin tanpa perlu saman-menyaman.
Melihatkan pergaduhan antara Dato’ Sri Aliff Syukri dan Azwan Ali ini, apa pendapat kamu? Cuba kongsikan dengan Murai.

3 months ago
100

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
