Jujur beritahu, MURAI yakin ramai yang teruja dan tertunggu-tunggu video antara penyanyi Bella Astillah dan anak-anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Baik pihak Bella mahu pun pihak Syed Saddiq, peminat dapat melihat dengan lebih kerap video keletah anak-anak Bella iaitu Ara Adreanna dan Mohamed Ayden Adrean yang sangat mencuit hati.
Selain itu, keakraban antara Syed Saddiq, Bella Astillah serta anak-anak penyanyi itu telah membuatkan ramai yang gembira dan mendoakan kebahagian mereka berempat.
Yang terbaru, video Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah telah mencuri perhatian ramai. Dalam video yang tular itu, Bella dengan guraunya telah memberitahu Syed Saddiq bahawa dia dan anak-anaknya, terutamanya Ara akan kurang berjumpa dengan Ahli Parlimen Muar itu.
Jelas Bella, satu-satu anak perempuannya itu terlalu manja dan sering meminta Syed Saddiq untuk mendukungnya apabila mereka bertemu.
“Kita pun memang kena kurangkan untuk berjumpa dengan YB Syed Saddiq. Sebab dia (Ara), kalau jumpa YB je mesti nak peluk. Nak angkat-angkat, orang penat. Manja sangat”
@barrerys_manja kali ara tempuyut ini, ndak boleh suda bah pisahkan ara sama papa saddiq 😆 #bellaastillah #syedsaddiq #araadreanna #fyp #foryou
♬ original sound – syaaa – syaaa
Mendengar penjelasan Bella, Syed Saddiq mempersoalkan mereka perlu kurangkan untuk berjumpa dan tidak kisah untuk melayan keletah dan ragam anak-anak Bella, terutamanya Ara.
“Kenapa perlu kurangkan? Salah ke?”
@barrerys_Ara, papamu itu yb syed saddiq 🙂↔️☝️ #bellaastillah #syedsaddiq #aydenadrean #araadreanna #fyp
♬ original sound – syaaa – syaaa
Susulan daripada respons spontan Syed Saddiq terhadap penjelasan Bella itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Menjengah ke ruangan komen, ada yang terhibur dengan soalan Syed Saddiq dan ada juga yang memahami niat sebenar Bella.
“Bella macam risau nanti ada netizen cakap-cakap macam-macam dekat anak dia. Orang sekarang bukan boleh. Yang berkepit dengan pak kandung pun kena bash. Huhuhu.”
“Sian Ara. Maybe anak perempuan kan suka manja dengan sosok ayah. Arwah dah takde. YB ganti.”
“Haha the tone. Tak puas hati betui.”
Sekadar info, Bella Astillah dan keluarganya telah ke Perancis untuk memberi sokongan kepada Syed Saddiq yang menyertai Kejohanan Dunia Ironman 2025.

2 months ago
64

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)