Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Salah Tu, Patutnya Mommy Purnama Merindu Satuuu Hahaha”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ctdk.fans yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 74 ribu, tanda suka sebanyak 1,417 dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang mengajuk cara suaminya iaitu Datuk Khalid memanggil untuk tidur jika beliau berjaga terlalu lewat malam.
@ctdk.fans“tok k: mommy tidooo!!! “@Siti Nurhaliza #datositinurhaliza #datositinurhaliza #sitinurhaliza #sitinurhaliza #afwa #afwa #aafiyahanakibu #aafiyahanakibu #datokhalidjiwa #datokhalidjiwa #tokti #tokti #toktitiktok #sitizoner #sitizonersmalaysia #fypage #fypdongggggggg #fypdongggggggg #viral #viral #tiktok #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia #xybca #foryou #biduanitasitinurhaliza #biduanitasitinurhaliza #fyppppppppppppppppppppppp
♬ suara asli – siti nurhaliza. luv🤍. fans – pancawarna11
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan pasti Datuk Khalid pernah meminta Tokti menyanyikan lagu untuknya itu. Tambah mereka lagi, mereka gemar melihat cara Tokti bersembang dengan peminatnya walaupun ketika di dalam live.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.