Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama. Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.
“Nampak Sedap Betul Yang Cik B Makan Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cikb_salmonskin_hq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 23 ribu, tanda suka sebanyak 402 dan sebanyak 26 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B yang buat pertama kali merasa churros di Sepanyol. Cik B juga mengatakan baahwa churros tersebut adalah yang paling sedap yang pernah dia makan.
@cikb_salmonskin_hqchuros dia padu guyss serius korang kena try kalau datang spain #masukberandafypシ゚viral #pageforyou #fyp #fypdongggggggg #cikbhavoc #masukberandafyp #fypシ゚viral #viraltiktok
♬ original sound – CIK B SALMON SKIN HQ – CIK B SALMON SKIN HQ
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa churros tersebut kelihatan enak. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.