Sedewasa mana pun kita, seorang anak perempuan tetap memerlukan dan merindui kasih sayang seorang bapa.
Itulah yang dapat digambarkan pada momen pelakon, Nur Fazura apabila melihat busana pereka Zaim Zulkafli yang mempunyai potret arwah bapanya, Sharifuddin Adnan yang dicetak pada bahagian belakang.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ajim Salleh di TikTok, Fazura dilihat mengalirkan air mata selepas melihat busana yang mempunyai potret arwah bapanya itu sebelum disarung pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2025 (KLFW).
“Ada kenangan yang tak pernah hilang, walau waktu cuba menghapusnya’. Momen Kak Faz melihat busana by Zaim Zulkafli KL Fashion Week 2025.”-kapsyen Ajim Salleh di TikTok
@ajim_salleh‘Ada kenangan Yng x pernah hilang, walau waktu cuba menghapusnya” Momen kak faz melihat busana by @zaimizulkafli kl fashion week 2025 #Fazura #faz #zaimizulkafli #klfashionweek2025 #klfashionweek #klfw2025 #fyp
“Seorang Anak Perempuan Tetap Perlukan Kasih Sayang Seorang Ayah..”

Rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen berkongsi rasa sayu melihat Fazura menitiskan air mata, malah ramai yang menitipkan doa agar pelakon jelitaini terus kuat menghadapi dugaan.
“She’s someone’s daughter too .”
“Firasat saya tak pernah salah, dan selamanya saya percayakan Faz.”
“Hatta Dolmat kat Threads buat post khaz untuk Faz, Zaim Zulkafli pulak buat dress yang special ni 😍 Ramai je yang sayangkan Fazura.”
“Walaupun ramai yang benci dia, aku tak peduli. Masing-masing ada buat silap. No one is perfect. Aku doakan Faz tetap kuat besarkan anak. Tabahkan hati. Apa-apapun perlakuan kita, sentiasa ingat Allah.”
“Tak tahu kenapa rasa sedih sama 😢. Tak kira sedewasa apa pun, seorang anak perempuan tetap perlukan kasih sayang seorang ayah. Lagi-lagi bila di tempat Faz yang sentiasa diduga seribu satu cabaran, kecaman, dan lain-lain.”
“Sebab dia terbiasa usahakan sendiri, strugger tak mengharap, dia pendam, bila sekali dia dapat nampak effort orang untuk dia, auto air mata tak boleh tahan.”
Apa komen anda?

3 months ago
125

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
