Pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen lucu apabila seorang warga emas mahu menjodohkannya dengan cucunya.
Fasha, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok dan Instagram, dia pada mulanya hanya mahu mempromosikan kedai makan milik sepupunya itu sebelum ditegur oleh salah seorang pasangan warga emas yang mahu ‘kenenkan’ dengan cucunya itu.
“OMG asalnya nak buat konten nak tolong promote kedai sepupu saya di Jalan Ampang, Ipoh. Tiba-tiba ada mak cik comel nak kenen kan dekat cucu. MasyaAllah.
Comellah! Mak cik sampai ke sudah tak kenal kita. Kepada cucu atau family mak cik ni, kirim salam sayang dan tolong lah komen di sini. Hari ni hari paling manis.”-kongsi Fasha di Instagram
“Comel Je Haa. Muda Remaja Gitu…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat lucu pasangan warga emas tersebut, malah ramai yang memuji kecantikan pelakon ini biarpun sudah menginjak usia 40-an.
“Seriously mak cik ni tak kenal Fasha Sandha? Anyway comel gila video ni! Dari video ni dah boleh tahu yang mak cik tu memang baik sebab baru kenal dia dah nak kenenkan Fasha Sandha kat cucu dia hehe kind soul.”
“Menangis cucu mak cik kat tepi bucu bila dapat tahu nenek dia nak kenen dengan Fasha Sandha”
“Macam mana la hati mak cik tu tak cair dengan Fasha ni. Tersangatlah lemah lembut tutur katanya, suaranya, gayanya. Penuh adab dan sopan, ceria. Kita yang tengok ni pun cair nokk.”
“Baru nak masuk universiti mak cik. Tak boleh bercinta lagi. Masuk air lah girl hahaha.”
Sekadar info, Fasha Sandha mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz pada 29 Mac 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Fasha sebelum ini mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

3 months ago
140

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
