[VIDEO] Faizal Tahir Di Interview Wak Kampung, Cetus Reaksi Netizen!-“Ni Baru Betul Santai-Santai…”

3 days ago 13

Perkongsian penyani, Faizal Tahir mencuri perhatian netizen di media sosial selepas berkongsi momennya  ditemubual oleh ‘wartawan desa’.

Faizal Tahir menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut dipersoal bagaimanakah penyanyi lagu Mahakarya Cinta boleh berminat dengan nyanyian.

“Macam mana pula abang minat dengan nyanyian? Minat nyanyi ni?.”-soal Wak Kampung di TikTok

@faizal_tahir

Ada kena interview dengan Wak Kampung sebelah haritu #LetZapin #NewMusic #OrangKampung #SoundsOfSEA #MusicOnTrend

♬ اورڠ كامڤوڠ – Let Zapin & Faizal Tahir

“Saya Sebenarnya Nak Kata Minat Sangat Menyanyi Tu, Tak Minat…”

Faizal kemudiannya memberi respon secara sopan dengan menyatakan bahawa dia dikurniakan rezeki Allah ke arah nyanyian biarpun dirinya lebih berminat dengan ciptaan lagu.

“Saya sebenarnya nak kata minat sangat menyanyi tu, tak minat. Tapi Allah bagi ke situ (nyanyian). Sebab saya minat buat lagu. Pencipta lagu. Tapi Allah bagi saya jadi penyanyi.-“respon Faizal Tahir dengan sopan

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Gelagat Faizal Tahir ditemubual ‘wartawan desa’ itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan topik perbualan mereka boleh mengambil masa selama berjam-jam.

“Ini real podcast sebelum adanya podcast.”

“Cara muqaddimah sembang topik macam ni boleh lajak sampai 2-3 pagi.”

“Tak payah komen-komen kan cik, tanya terus depan-depan 🤭.”

“Dia memang artis wak. Cute wak.”

“Teringin nak tanya soalan tu akhirnya ada gak orang tanya.”

“Nasib jumpa wak, kalau jumpa makcik habis laa. Dia selidik macam forensik.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |