Pelakon Fattah Amin dan penyanyi-pelakon Amira Othman yang mendirikan rumah tangga pada Ahad, 14 September 2025, lalu telah mencuri perhatian ramai apabila Amira dilihat tidak kekok dan sangat mesra dalam melayan anak tirinya, Nur Fatima Aisya.
Melihatkan gelagat Amira itu, orang ramai terutamanya peminat tertanya-tanya tentang panggilan yang digunakan oleh Fatima terhadap ibu tirinya itu.
Menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Isnin, 15 September 2025, baru-baru ini, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, menjawab pertanyaan penonton yang tertanya-tanya tentang panggilan Fatima kepada Amira.
Fattah mendedahkan bahawa anak perempuannya telah menggelar isterinya sebagai “Aunty Mira” kerana belum ada panggilan khas di antara mereka berdua.
“Fatima panggil Mira, Aunty Mira. Baru kahwin semalam.”
@littlemiaaaa_PART 8 #fattahamin #fattmira #amiraothman #fyp #fattah
♬ Jangan Berhenti Mencintaiku – Ressa Herlambang
Dalam siaran langsung yang sama, Fattah turut berkongsi bahawa mereka suami isteri mempunyai pemikiran yang sama, terutamanya dalam hal agama dan tujuan hidup.
“Kami suka berbincang mengenai topik agama dan matlamat hidup. Apa yang kami cakap dan fikir semuanya sama. Bila berbicara mengenai agama dan bersetuju pada perkara yang sama, hidup menjadi lebih seronok.
Dalam rumah tangga, agama dan tujuan hidup perlu diletakkan di hadapan. Kalau dua perkara ini tiada, bimbang yang lain pun tidak seimbang. Paling penting asas kena kukuh.”
@setulustakdirSubhanallah MasyaAllah.. sekufu sungguh … suka borak mengenai agama.. lepas ni kaklong gi usrah ada teman . neyyy 🥰 #setulustakdirfattahamira #isterisyurga #fattahamira #fattahamin #amiraothman
♬ Satu Shaf Dibelakangku – Arvian Dwi
Melihat kemesraan dan keserasian pasangan ini, orang ramai mengakui bahawa mereka berdua adalah pasangan yang sekufu dari segi pemikiran dan juga nilai hidup.
Untuk rekod, Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada tahun 2017, sebelum mereka bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024. Hasil daripada perkongsian hidup itu, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

2 months ago
68

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)