Siapa sangka, Apple kali ni buat kejutan dengan pelancaran siri iPhone 17. Bukan saja datang dengan model baru dan spesifikasi mantap, tapi yang paling mengejutkan, harganya turun! Yup, buat pertama kali sejak iPhone 11 tahun 2019, harga iPhone turun berbanding model sebelumnya.
Dalam acara pelancaran pada Rabu, hari ini, Apple umumkan harga iPhone 17 standard 256GB bermula dari US$799 (RM3,280). Banding dengan iPhone 16 standard tahun lepas yang cuma 128GB tapi dah cecah US$829 (RM3,400), memang jelas Apple cuba main strategi harga yang lebih mesra poket pengguna.

Bukan tu je, iPhone 17 Pro 256GB kekal pada harga sekitar US$1,099 (RM4,510), tapi Apple dah tak tawarkan versi kapasiti kecil macam sebelum ni. Maksudnya, pengguna terus dapat storage besar tanpa kena bayar lebih. Smart move!
Lepas tu, Apple turut kenalkan iPhone Air, telefon paling nipis mereka setakat ni. Dengan harga bermula US$999 (RM4,100), model ni letak diri di tengah-tengah antara iPhone 17 standard dan Pro. Datang dengan cip A19 Pro, bateri lebih tahan lama dan design yang memang premium habis, iPhone Air jelas disasarkan untuk mereka yang nak gaya Pro tapi tak nak bayar harga Pro.

Ramai penganalisis kata langkah Apple ni bijak, sebab dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, ramai jenama lain naikkan harga. Tapi Apple pilih untuk serap kos tu sendiri demi tarik lebih ramai pengguna untuk upgrade hujung tahun ni.

Menariknya, iPhone Air juga dijangka jadi pesaing rapat Samsung Galaxy S25 Edge. Ada pakar kata, ini mungkin langkah awal Apple sebelum masuk ke pasaran foldable phone.
So, lepas tengok line-up kali ni, jelas Apple cuba kasi “angin baru” pada siri iPhone yang sebelum ni ramai kata terlalu recycle design. Dengan strategi harga yang lebih berani, confirm lagi ramai yang gatal tangan nak upgrade hujung tahun ni!


2 months ago
72

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)