Jujur Murai cakap, tak kering gusi apabila melihat ragam anak-anak Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida. Ada sahaja keletah mereka, lebih-lebih lagi Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
Terbaru tular sebuah video yang dikongsi di TikTok, memaparkan Ammar Ahyan yang sedang menjawab pertanyaan penonton mengenai Jeruk Mangga Papa Laris menerusi siaran langsungnya.
“Tetapi saya tak tahu kenapa saya lebih suka jeruk mangga yang baru ini daripada yang sebelum ini.”
Foto – @watiemohdnazari (TikTok)Sambil menjual di siaran langsung, Ammar yang ditemani oleh Qadejah telah mencuri perhatian ramai apabila anak kedua Dato’ Sri Aliff itu tercekik jeruk mangga.
Walaupun ramai yang risau dengan situasi itu, Ammar bertindak dengan pantas membantu adiknya yang tercekik jeruk mangga itu. Tetapi apa yang membuatkan ramai terkejut dan terhibur adalah cara Ammar membantu Qadejah yang tercekik.
@watiemohdnazarirare betul @ammarahyanalifsyukri tepuk #cess adui la 😂😅🤣 #fyp #ammayan #ammar #terlajaklaris #dherbs
♬ original sound – watiehisham81 – watiehisham81
Tanpa berfikir panjang, Ammar telah menepuk belakang Qadejah dengan kuat sehingga membuatkan ibunya, Datin Shahida panik. Walau bagaimanapun, Qadejah akhirnya terselamat dan dapat mengeluarkan jeruk mangga tersebut dengan bantuan “ganas” daripada Ammar.
“Ammayan, itu nak pukul”, jerit Datin Shahida.
Foto – @watiemohdnazari (TikTok)Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat aksi Ammar yang cuba menyelamatkan Qadejah daripada tercekik.
“‘Dah keluar kan?’ Like ‘jalan kerja tak penting, yang penting hasil”, komen @sfninams5.
“Di beduknya Cess macam beduk nak azan”, komen @neena1611.
“Awal-awal tu dia keluarkan buku lima weh”, komen @soanaa12.
“Panik mak dia, dia hayun adik dia macam tu je”, komen @zafirah_samsuddin.
“Memang keluar Ammar. Keluar roh dari badan”, komen @farinaferra.
“Aku rasa Amayan lepas geram tu”, komen @_luvl4augh
“Weh muka dia lepas tepuk tu macam Dato’ Aliff kalau marah”, komen @izyanhk_.
Bunyi pukulan Ammar Ahyan memang menyeramkan tetapi syukur Qadejah dapat keluarkan jeruk mangga tersebut.

3 months ago
91

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
