MURAI percaya ramai yang sedia maklum bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat dikenali dengan sikap jiwa rakyatnya. Hal ini terbukti apabila baginda langsung tidak berasa kekok apabila beramah mesra dengan rakyat jelata terutamanya, rakyat di Pahang.
Dan baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan KDPB Al-Sultan Abdullah sedang bermain sukan sepak takraw bersama penduduk tempatan di Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Menerusi video pendek berdurasi 18 saat itu, baginda telah menunjukkan bakat terpedam apabila beraksi sebagai tekong (atau ketua) bagi kumpulannya. Tidak kelihatan kekok dalam sukan tersebut, Al-Sultan Abdullah telah menuai pujian ramai.
“Santai. KDPB Sultan Pahang tidak melepaskan peluang beraksi bermain sepak raga bersama penduduk di Kampung Air Batang, Pulau Tioman.”
Foto – Kesultanan Pahang (FB)Dalam video berkenaan, KDPB Al-Sultan Abdullah telah mempamerkan kebolehan baginda dalam mengawal dan menghantar kembali bola takraw ke pihak lawan. Melihatkan aksi tersebut, ramai yang memuji semangat kesukanan baginda.
“Padu. Sempoi Sultan Pahang. Bukan kaleng-kaleng Sultan boleh main sepak takraw (sepak raga zaman beliau bola rotan). Daulat Tuanku”, komen Fauzi Ung.
“Ada skill gak Tuanku ni. Kalau tak biasa main takleh ambik dengan paha tu. Sepak pun kena ja”, komen Encik Madie.
“Ni kalau Tuanku gulung menggelupur pihak lawan nak sambut. Terbaik Tuanku jiwa rakyat”, komen Morgen Laurence.
“Tuanku memang sportsman. Bagi la benda pun semua dia boleh main”, komen Mohd Sanusi Haji Abdullah.
“Terbaik Tuanku. Betul-betul berjiwa rakyat. Tengok cara main pun bukan biasa-biasa. Seni tu ada”, komen Pok Nik Telor Sotong.”
Kalau kamu lihat, KDPB Al-Sultan Abdullah ‘petik’ dua kali bola takraw menggunakan lutut, sangat hebat! Apa pendapat kamu?

3 months ago
86

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)