Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Akim Ahmad dan Stacy secara spontan menyanyikan lagu pelangi senja selepas melihat pelangi ketika mereka berada disebuah pantai.
Video tersebut yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @teamsangatgilastacy kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 602 ribu, tanda suka sebanyak 47 ribu dan sebanyak 642 komen.
@teamsangatgilastacyTiba tiba ada pelangi 🌈 #StacyAnam #AkimAhmad #PelangiSenja
♬ original sound – TEAM SGS – TEAM SGS
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasangan selebriti ini sangat serasi bersama.
”pasangan yang paling kurang kontroversi dan sentiasa bahagia, sebab tu best layan stacy dan akim”
”akim memajistretkan lagu stacy”
”perghh boleh pergi jauh ni, taknak try ke bang jadi penyanyi? comfirm meletup”
”sebab betul suara suami isteri ni”
”dia mengakimkan lagu stacy tu eh hahahaha”

Info Tambahan, Akim Ahmad dan Stacy Anam adalah pasangan penyanyi terkenal Malaysia yang telah meninggalkan kesan besar dalam industri muzik tanah air. Akim, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, mula dikenali melalui Akademi Fantasia musim ketujuh, manakala Stacy, yang bernama penuh Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, menjulang nama sebagai juara musim keenam rancangan sama.
Mereka berkahwin pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan dua anak, Eshaal dan Isa, serta seorang anak angkat, Bella. Bersama, mereka mengasaskan syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment, menerbitkan karya seperti single “Ritma Dan Rima” dan menguruskan artis seperti kumpulan DUNYA. Akim terkenal dengan lagu seperti “Bengang” dan “Inilah Cinta”, manakala Stacy digelar Ratu Tari Malaysia kerana persembahan bertenaga. Pasangan ini terus relevan melalui karya kreatif dan komitmen terhadap keluarga serta seni.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

3 months ago
97

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
