Kalau kamu nak tahu, pelakon Varun Dhawan dan Shraddhar Kapoor berkawan dari kecil lagi kerana bapa mereka telah lama bekerja bersama. Dalam sebuah temu bual di YouTube, Dhawan mendedahkan satu kisah yang paling mengejutkan mengenai Shraddhar.
Mengimbas semula kisah tersebut, Dhawan menceritakan ianya berlaku ketika majlis hari jadi ke-10 Shraddhar. Ketika itu dia dan beberapa budak lelaki lain telah bermain dalam beg lompat.
“Dia menjemput saya ke majlis hari jadi dan Shraddhar memakai gaun. Pada masa itu, ada empat budak lelaki yang sukakannya. Ia adalah parti, jadi kami semua bermain beg lompat.”
Varun kemudiannya berkongsi lagi bagaimana tetamu lain yang terdiri daripada empat orang budak lelaki menyukai Shraddhar. Mereka kemudiannya bertanya kepada Varun mengapa dia tidak menyukai aktres itu kembali.
“Tiba-tiba saya dikelilingi oleh empat budak lelaki ini dan mereka menyoal saya mengapa tidak menyukai Shraddhar. Saya memberitahu saya berminat untuk lakukan pertandingan tarian. Mereka memberitahu saya perlu menyukai Shraddhar dan bergaduh.”
Varun menjelaskan dia tidak berminat dengan gadis dan hanya berada di majlis itu untuk memenangi pertandingan tarian sahaja. Mendengar penjelasannya, budak-budak lelaki itu memukulnya.
“Saya dipukul kerana menolak ‘lamaran’ Shraddar. Tetapi saya juga membelasah mereka. Dan kemudian, saya terus ambil bahagian dalam pertandingan tarian dan menang, manakala Shraddhar di tempat ketiga.”
Comel dan kelakar kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.