Kalau sebut nama Kim Jong-Kook, terus terbayang badan sasa, suara merdu dan gelaran Sparta dalam Running Man. Lama peminat tunggu, akhirnya oppa kesayangan ramai ini buka cerita paling besar dalam hidupnya, ya… dia bakal berkahwin!
Berita ini didedahkan sendiri menerusi surat tulisan tangan yang dimuat naik di fan cafe miliknya pada hari ini. Katanya,
“Saya akan berkahwin. Mungkin ramai rasa ini tiba-tiba. Tahun ini genap 30 tahun saya debut, tapi saya tak sempat keluarkan album yang saya impikan. Walaupun agak lewat, saya rasa sangat bertuah dapat melangkah ke fasa ini. Tolong raikan saya.”
Paling sweet, Jong-Kook juga tekankan yang majlis nanti tak akan dibuat besar-besaran. Dia cuma nak majlis ringkas bersama keluarga dan kawan rapat sahaja. Lagi touching bila dia ucap terima kasih kepada peminat yang jadi sumber kekuatan sepanjang kariernya.
Yang lagi menarik, sebelum umum kahwin, Jong-Kook sempat jadi bualan bila buat ujian sperma dalam video YouTube-nya. Katanya, umur dah nak masuk 50, dia tak boleh lambat lagi. Keputusan memang mengejutkan, sperma beliau cecah 216 juta, tapi gerakan agak kurang aktif. Jong-Kook rileks je, siap berseloroh yang dia kena tingkatkan lagi kesihatan.

Tambah pula, baru-baru ni dia beli rumah mewah bernilai RM21 juta di Gangnam dengan bayaran tunai penuh. Fuh, kalau bukan betul-betul serius nak bina keluarga, takkan sampai buat pelaburan besar macam tu kan?
Kalau kalian nak tahu, Kim Jong-Kook mula debut pada tahun 1995 sebagai ahli duo Turbo. Dengan suara serak-serak basah yang unik, dia cepat jadi idola ramai. Lepas tu, dia terus kukuhkan nama sebagai penyanyi solo dengan lagu-lagu hits bergenre ballad dan dance. Popularitinya makin meletup bila dia jadi ahli tetap rancangan Running Man, di mana watak Sparta yang garang tapi penyayang tu buat dia jadi kegemaran peminat seluruh dunia.

Sekarang, yang buat peminat tertanya-tanya, siapakah wanita bertuah yang berjaya curi hati ‘Sparta’ oppa ni? Adakah orang dalam industri atau cinta rahsia yang selama ini dia simpan rapi? Sama-sama kita tunggu detik bersejarah ni!

3 months ago
112

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-39.png)