MURAI yakin ramai yang tahu tentang kisah cinta antara Salman Khan dan Aishwarya Rai. Seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mereka jatuh cinta, melalui perpisahan kontroversial dan apa yang jadi selepas perpisahan mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat sisi cinta Salman yang masih ramai tidak tahu dan malangnya ia telah merosakkan diri aktor Bollywood itu.
Menerusi temu bual dengan Prahlad Kakkar, pengarah filem ini mendedahkan sikap taksub Salman terhadap aktres Aishwarya Rai.
Foto – Bollywood ShaadisDalam salah satu temu bual, Prahlad berkongsi kisah mengenai percintaan dan perpisahan kontroversial melibatkan Salman dan Aishwarya.
Prahlad yang tinggal di bangunan sama dengan Salman, mengakui bahawa dia pernah menyaksikan bagaimana aktor itu putus asa selepas berpisah dengan Aishwarya. Prahlad juga mendedahkan bagaimana Salman sangat obses dengan aktres itu.
“Dia sangat fizikal dan obsesif dengannya (Aishwarya). Bagaimana anda nak berurusan dengan orang seperti itu?”
Foto – Bollywood ShaadisPengarah filem itu juga berkongsi bahawa Salman sering menghantukkan kepalanya di dinding selepas pulang ke rumah. Dedahnya, hubungan pasangan pelakon itu sebenarnya telah berakhir sebelum diumumkan secara rasmi.
“Saya tahu kerana saya tinggal di bangunan yang sama. Dia suka buat adegan di ruang legar, menghantukkan kepala ke dinidng. Hubungan mereka telah berakhir lama sebelum ia secara rasmi berakhir. Ia melegakan semua orang, termasuklah ibu bapa Aishwarya dan seluruh dunia.”
Foto – Bollywood ShaadisPrahlad turut mengimbas kembali bagaimana perpisahan pasangan itu memberi kesan kepada kerjaya Aishwarya. Dia mendedahkan bahawa aktres itu tidak kecewa dengan perpisahan tersebut.
Namun, Aishwarya kecewa dengan semua pihak yang menyebelahi Salman dan bukannya. Aktres itu juga tidak mempercayai sesiapa dalam industri Bollywood selepas perpisahan mereka.
Untuk rekod, Aishwarya Rai dan Salman Khan telah menjalinkan hubungan selepas membintangi filem ‘Hum Dil De Chuke Sanam’ pada tahun 1999 dan berpisah pada tahun 2002.

2 months ago
60

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)