Anak tiri kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Izza Athirah dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada hari Sabtu lalu.
Dihadiri Ahli Keluarga Rapat
via Instagram Aazief KhalidMajlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak, menjadikannya lebih intim dan bermakna.
Dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang tampil segak berbaju Melayu putih berjaya melafazkan akad nikah dan sah menjadi suami kepada Izza.
Majlis itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri yang menjadi wali.
Izza menerima mas kahwin berupa satu dinar emas – simbolik ikatan cinta dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh pasangan ini.
Siti Nurhaliza Turut Teruja
via Instagram Story CTDKWalaupun majlis tersebut dijalankan secara sederhana dan tertutup, momen istimewa itu tetap mencuri perhatian apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rasa syukurnya menerusi satu hantaran ringkas di Instagram Story miliknya.
Dalam hantaran tersebut, beliau hanya menulis “Alhamdulillah”, dan ini jelas menggambarkan rasa bahagianya melihat anak tiri tersayang menempuh fasa baharu dalam hidup.
Pasangan Aazief dan Izza sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila Aazief mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu melalui media sosial.
Sejak itu, ramai yang menantikan berita gembira mengenai perkahwinan mereka.
Kini, ikatan cinta yang dibina akhirnya disatukan dengan penuh kesyukuran dan doa.
Netizen Ucap Tahniah
Walaupun tidak diraikan secara besar-besaran, majlis nikah mereka tetap penuh dengan rasa cinta, kebersamaan dan keberkatan.
Ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Apa pun, yang penting bukan gahnya majlis, tapi ikatan sah yang terbina dan tanggungjawab yang akan dipikul selepas ini.
Semoga Aazief dan Izza menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh cinta, tolak ansur dan saling menyokong antara satu sama lain.
Tahniah buat pasangan pengantin baru!

3 months ago
119

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)