Ahli kumpulan DOLLA, Tabby mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa foto di media sosialnya, baru-baru ini.
Anggun Menggayakan Kebaya Bersama Keluarga
Tabby atau nama sebenar, Tabitha Ariel Lam Lianne menerusi hantaran di Instagram, kelihatan anggun menggayakan Baju Kebaya lace hitam sedondon bersama ibu serta bapanya ketika menghadiri sebuah acara di ibu kota.
“Ayah Dia Macam CEO Megah Holding…”

Perkongsian Tabby mencetuskan rasa teruja peminat yang rata-ratanya terpegun melihat wajah ibu bapa ahli kumpulan DOLLA ini yang sangat cantik dan kacak, malah ramai yang ada yang berpendapat Tabby dan ibunya itu kelihatan seperti adik beradik.
“Best dressed family there!.”-Sabronzo
“What a cute family.”
“Aaa comelnya semuaa.”
“Looking great everyone. Say hello to mum and dad.”
“Tabby sangat cantik!.”
“OMG ibu awak nampak sangat muda!.”
“Wow bapa yang kacak dan ibu yang cantik. Kamu dan ibu kelihatan seperti adik dan kakak.”
“Ayah dia macam CEO Megah Holding.”
“Sampaikan salam saya kepada ibu kamu.”
“OMG patut laa kamu cantik Tabby! Cantik sangat-sangat you alls.”
Tabby sebelum ini pernah memberikan kenyataan kepada media tempatan mengenai dirinya yang mengakui rasa lega kerana ‘bersih’ daripada sebarang kontroversi. Tambah Tabby, dia simpati melihat rakan anggota DOLLA iaitu Sabronzo dan Angel yang sering berdepan kontoversi sehingga menjadi bualan ramai.
Sekadar info, Tabby atau Tabitha Ariel Lam merupakan seorang penyanyi dalam kumpulan DOLLA sejak 2019. Dilahirkan pada 18 Mac 2000, Tabby yang menjalani kehidupan yang sibuk sebagai penyanyi ini berjaya menamatkan pengajiannya dalam ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan di Taylor’s University pada tahun 2022.
Bukan itu sahaja, penyanyi jelita ini turut bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri pada masa akan datang biarpun bergelar penyanyi dalam kumpulan terkenal, DOLLA.
Apa komen anda?

2 months ago
118

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)