Umum mengetahui, pelakon, pengacara dan model iaitu Syifa Melvin baru-baru ini telah mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Safawi Rashid.
Umum Hamil Anak Kedua
Syifa menerusi hantaran di Instagram, turut menyatakan bahawa dia sudah tidak boleh menyembunyi lagi kehamilan keduanya selain memohon doa orang ramai agar urusan kehamilan dan bersalin dipermudahkan kelak.
“Bismillahi MashaAllah.. Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga, zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedarah Sulaiman,
Doakan sempurna lancar sampai hujungnya.. Tak boleh sorok eh dengan korang, mesti nampak jee 🤣🤣🤣”-kongsi Syifa Melvin di Instagram
“Tak Takut Ke Anak Rapat Sangat Sebab Czer Kan..”
Di sebalik ramai yang meluahkan rasa teruja dengan kehamilan Syifa, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang dengan jarak kehamilan yang dikatakan terlalu rapat selepas dia berkongsi pautan ‘Ask Me A Question’ mengenai kehamilan keduanya
“Syifa tak takut ke anak rapat sangat sebab czer kan. Ada risiko kita ada baca.”-komen salah seorang netizen di Insta Stories
Syifa Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Syifa tampil memberi respon dengan menjelaskan bahawa jarak kehamilannya itu adalah selama dua tahun lima bulan, malah luka jahitan bersalinnya juga berada dalam keadaan baik.
“Tak rapat la gais. Masa beranak nanti dah 2 tahun 5 bulan plus luka czer Syifa okay je Alhamdulillah.
Jangan tanya Syifa, anak Syifa dah dua tahun, hampa tanya Kak Long anak dia setahun dak lagi.”-respon Syifa Melvin

Sekadar info, Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama Safawi Rashid pada 28 November 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman. Malah Syifa juga kini sedang hamil cahaya mata kedua.

3 months ago
146

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
