Penyanyi Syada Amzah pernah menjadi perbualan ramai apabila namanya dikaitkan sebagai orang tengah dan ‘batu api’, atas dakwaan cuba memecahbelahkan rumah tangga sahabat baiknya, pempengaruh Elcah.
Untuk rekod, suami Elcah iaitu Hafizzuddin Hamri mendakwa penyanyi itu telah menghasut dan memujuk pempengaruh itu untuk membelakangkan dirinya dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
Sebelum ini, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha menafikan dakwaan bahawa Syada tidak terkait dalam masalah rumah tangganya bersama suami, sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan dengan seorang individu.
Ramai yang menganggap kes tersebut sudah selesai, tetapi Elcah baru-baru ini telah memuat naik satu kenyataan terbuka di Instagram Stories yang mencuri perhatian ramai.
Nampaknya pempengaruh ini sudah hilang sabar apabila dia telah memberi amaran kepada Syada untuk berhenti menjaja fitnah mengenai keluarganya.
“Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai family aku. Segala perbuatan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh.”
Foto – Threads / Malay NewsDalam hantaran sama, Elcah turut menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang jika Syada tidak berhenti membuat cerita mengenai dirinya dan juga keluarga. Akuinya, dia tidak bercakap buruk mengenai Syada kerana hormatkan ibu dan kakak penyanyi tersebut.
“Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau. Sebelum ini aku masih menjaga nama kau sebab menghormati Mama Zie dan Kak Sha. Tetapi kali ini, cukup.”
Tambah Elcah, dia meminta untuk Syada tidak lagi mencampuri urusan keluarga terutamanya rumah tangganya ddan berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar kepada orang sekeliling.
Apa pendapat kamu?

3 months ago
89

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
